Monday 4 November 2013

Majlis Anugerah Akademik, HEM & Kokurikulum

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik, HEM dan Kokurikulum telah diadakan di Dataran Ilmu pada 4 November 2013. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran YDP dan barisan AJK PIBG sebagai dif kehormat. Dalam ucapannya perasmiannya, YDP menyebut tentang kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan pihak PIBG sentiasa dijaga bagi memastikan SMKUJ terus cemerlang di pelbagai peringkat.

Pelbagai anugerah telah disampaikan oleh Encik Azmi, YDP PIBG dan Puan Siti Rafeah selaku Timb YDP, antaranya; Anugerah Kedatangan Penuh, Anugerah Pelajar Berhemah Tinggi, Anugerah Pelajar Cemerlang PMR dan SPM, Anugerah Olahragawan dan Olahragawati. Selain itu, para guru juga turut tidak ketinggalan menerima anugerah, antaranya; Anugerah Buku Rekod Cemerlang, Anugerah Khas Kokurikulum dan lain-lain.

Dalam majlis yang sama, turut disampaikan hadiah Pertandingan Bowling yang telah dianjurkan oleh Kelab Staff. Johan bagi guru lelaki adalah Cikgu Nasir, manakala Cikgu Norazlin Md Noor telah dinobatkan sebagai Johan bagi guru perempuan. Keluarga Cikgu Nasir menunjukkan penguasaan mereka dengan memenangi 4 hadiah bagi kesemua acara.

Majlis ditamatkan dengan upacara Izin Restu pelajar SPM. Majlis bersurai pada jam 10.00 pagi.

No comments:

Post a Comment