Showing posts with label PIBG. Show all posts
Showing posts with label PIBG. Show all posts

Tuesday, 20 October 2015

Penghakiman dan Persediaan Laluan PPDa peringkat Kebangsaan

Penghakiman dan penjurian Laluan PPDa telah diadakan pada 19 November 2015. Ia adalah kemuncak kepada pertandingan Laluan PPDa yang disertai oleh SMKUJ bermula awal tahun 2015, dari peringkat daerah, ke peringkat negeri dan kini di peringkat kebangsaan.

Barisan hakim dan pihak sekolah bergambar kenang-kenangan

Penyertaan SMKUJ dalam pertandingan ini tidak dilalui dengan laluan mudah. Laluan yang ditempuhi sangat sukar. Ia bermula sejak awal tahun lagi, apabila pihak sekolah mendapat kerjasama daripada pihak MNRB untuk menyumbangkan dana permulaan bagi membangunan Laluan berkonsepkan anti-dadah ini.

Semenjak daripada itu, SMKUJ tidak pandang ke belakang dan berterusan berusaha membangunkan projek ini. Laluan ini turut mendapat bantuan dan kerjasama pelbagai pihak, terutama PIBG SMKUJ, Penjara Jelebu, Jabatan Penerangan Jelebu, Jabatan Kesihatan Jelebu, JAKIM Jelebu dan sebagainya yang turut sama memberikan sumbangan dari sudut bahan, kewangan dan kepakaran masing-masing.

Usaha daripada para guru dan pelajar serta ibu bapa turut perlu diberi perhatian. Berada di barisan hadapan, mereka berusaha menyiapkan Laluan PPDa ini siang dan malam, pagi dan petang. Ia adalah komitmen besar yang ditunjukkan oleh mereka.

En Asang (kiri) turut sama membantu

Pengetua (kanan) juga bersama-sama turun padang

En Ramli (dua dari kiri) bersama anak-anaknya
Pelajar membantu di waktu petang dan hari minggu

Bekas pelajar turut menyumbang kepakaran melukis
Guru bertukus-lumus di waktu malam
Barisan Pengawas Laluan PPDa
Semoga SMKUJ beroleh kejayaan dalam pertandingan ini. Dan yang lebih penting, semoga Laluan PPDa ini memberi impak dalam menjauhkan pelajar daripada terjebak dalam gejala dadah.

Friday, 21 March 2014

SMKUJ & Kejohanan Balapan dan Padang MSSDJ 2014



SMKUJ telah diamanahkan untuk menjadi pengelola utama bagi Kejohanan Balapan dan Padang peringkat MSSD Jelebu 2014. Ia telah diadakan di SMK Pertang selama 4 hari, bermula 17 Mac hingga 20 Mac 2014. Pengelola bersama adalah SK Kuala Klawang dan MSSD Jelebu.

Peserta dibahagikan kepada 10 peringkat umur dan jantina, iaitu seperti berikut; L18, L15, L13, L12, L10 dan P18, P15, P13, P12, P10. Pelbagai acara dipertandingkan. SMKUJ berjaya meraih 27 Emas, 17 Perak dan 17 Gangsa sekaligus melayakkannya menerima gelaran Johan Keseluruhan Sekolah Menengah. Mohd Hafizie Erwinsyah dan Norfazira Ismail juga dinobatkan sebagai Peserta Terbaik L18 dan P18.


Perasmian penutup dihadiri oleh YB Jalaludin, ADUN Pertang. Ia turut diserikan dengan kehadiran Puan Hajah Rodiah, PPD Jempol Jelebu dan barisan dif kehormat yang lain. Tahniah kepada semua ajk yang berusaha menjayakan kejohanan ini. Tahniah juga kepada semua atlit kerana berjaya menaikkan nama SMKUJ di Jelebu.

Maklumat lanjut, sila layari http://mssdjelebu.blogspot.com/

Wednesday, 26 February 2014

Persidangan Majlis Pengetua Negeri Sembilan

Persidangan Majlis Pengetua Negeri Sembilan telah diadakan di Dewan Karisma SMKUJ dan Dewan Auditorium Pusat Penyelidikan Perikanan Glami Lemi, Jelebu pada 26 Februari 2014. Ia dikelola secara bersama oleh Majlis Pengetua Sekolah Menengah Negeri Sembilan dengan kerjasama PIBG SMKUJ.

Ia dimulakan pada jam 1.45 petang dengan ketibaan dan kehadiran semua pengetua atau wakil ke Dewan Karisma. Sekitar jam 2.00 petang, semua peserta persidangan dibawa ke Pusat Penyelidikan Perikanan, Glami Lemi. Ketua Pusat Penyelidikan Perikanan memberikan sedikit pengenalan tentang pusat di bawah jagaan beliau. Sekitar jam 3.00 petang, slot pertama diisi oleh Tuan Haji Nor Hashim, Pengetua Cemerlang SMKUJ, menceritakan tentang Sarana Ibu Bapa dan Sekolah. Ia berlangsung selama 15 minit. Pada jam 3.20 pula, slot kedua menyusul dan diisi oleh Tuan Haji Omar Ahmad, Pengetua SMK TTJ, Seremban.

Pada jam 3.30 petang, semua peserta dibawa pulang ke Dewan Karisma SMKUJ. Dif kehormat yang terdiri daripada YB Hj Zainuddin Ismail, Ahli Parlimen Jelebu tiba. Pelbagai persembahan disediakan oleh SEMUJA Dance Theatre. Majlis bersurai sekitar jam 5.30 petang.

Sunday, 26 January 2014

Gotong Royong Perdana Peringkat Sekolah

Pada 25 Januari 2014, bersempena hari persekolahan ganti, SMKUJ dengan kerjasama PIBG telah menganjurkan aktiviti Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah. Aktiviti tersebut meliputi keseluruhan sekolah, dari pagar hingga ke kawasan belakang sekolah dengan aktiviti keceriaan kelas menjadi keutamaan. Aktiviti bermula dengan perasmian yang disempurnakan oleh Encik Azmi, YDP PIBG SMKUJ. Gimik pelancaran pula disempurnakan oleh YDP PIBG dan Cikgu Norazman Mohd Amin, GPK HEM.

Aktiviti yang bermula pada jam 8.00 pagi ini berakhir sekitar jam 12.30 tghr sebelum semua pelajar, para guru dan ibu bapa yang hadir dijamu dengan makan tengahari. Semua warga SMKUJ bersurai sekitar jam 1.15 petang.

Tuesday, 21 January 2014

Majlis Penyerahan BKAP1M Daerah Jelebu 2014


Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan (BKAP1M) telah diadakan di Dewan Karisma SMKUJ pada 21 Januari 2014. Penyerahan disempurnakan oleh YB Haji Zainuddin Ismail, Ahli Parlimen Jelebu. Majlis bermula sekitar jam 2.30 ptg dengan bacaan doa oleh Ust Zool Hilmi. Ucapan aluan disempurnakan oleh Puan Hajah Rodiah Md Jan, PPD Jempol Jelebu dan disambung dengan ucapan perasmian oleh YB Zainuddin. Upacara penyerahan disempurnakan oleh YB dengan diiringi oleh Tuan PPD, Tuan Pengetua SMKUJ, YDP PIBG SMKUJ dan Tuan Ketua Polis Daerah kepada pelajar-pelajar SMKUJ dan sekolah-sekolah sekitar Jelebu. Majlis turut dihadiri oleh Pengetua-Pengetua dan Guru-guru Besar. Majlis bersurai sekitar jam 4.00 ptg.

Thursday, 12 December 2013

Penilaian PIBG Cemerlang peringkat Kebangsaan

PIBG SMKUJ telah dipilih untuk mewakili Negeri Sembilan bagi kategori Luar Bandar, kesinambungan selepas kejayaan di peringkat negeri. Sehubungan dengan itu, pada 12 Disember, hakim daripada KPM telah datang untuk menilai dengan lebih dekat aktiviti PIBG yang telah dijalankan.

Hakim disambut dengan jamuan makan tengahari. Jamuan tersebut turut dihadiri oleh YB Zainuddin dan YB Apak Yunus, serta diiringi oleh pegawai dari JPNS dan PPD. Turut hadir, Pengetua SMK DUMA dan seluruh AJK PIBG dan para guru.

Seterusnya, hakim dibawa ke Bilik Gerakan untuk sesi pembentangan. Pembentangan disempurnakan oleh Encik Azmi, YDP PIBG dan diselangi dengan tambahan-tambahan ringkas oleh AJK yang lain. Pada sesi komen dari hakim, beliau melahirkan rasa kagum dengan usaha yang telah dilakukan oleh pihak PIBG SMKUJ.

Seterusnya, hakim dibawa melawat beberapa kawasan, antaranya; Edible Lanscape, Bilik Guru, Surau dan Sanggar Budaya. Persembahan ringkas turut ditayangkan oleh para penari SMKUJ. Penilaian berakhir dengan sedikit minum petang dan sesi bergambar. Sedikit cenderahati turut disampaikan kepada semua hakim. Bekalan durian turut diberikan.

Moga PIBG SMKUJ berjaya menjadi JOHAN. Sama-sama kita doakan, insya'Allah...

Monday, 18 November 2013

Atlit SMKUJ menyerlah di Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang


Atlit Olahraga SMKUJ telah di bawa untuk menyertai Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang yang diadakan pada 17 November 2013 di Pulau Pinang. Larian yang disertai oleh hampir 50,000 peserta itu dan dicatatkan dalam Malaysia Book of Record sebagai larian jambatan terbesar itu, berjaya dikuasai oleh para atlit SMKUJ. Berikut adalah pencapaian para atlit SMKUJ:

- Nurul Natasha: Tempat ke-15
- Siti Anisah: Tempat ke-30
- Fatihah: Tempat ke-45
- Normiza: Tempat ke-45
- Hafizie: Tempat ke-40.

Maklumat lanjut tentang larian ini, boleh layari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LarianJambatanPulauPinangcatatsejarah/Article/index_html

UJ memang terbaik!

Monday, 4 November 2013

PIBG SMKUJ terbukti cemerlang!

Satu sesi penilaian PIBG Cemerlang telah diadakan di JPN Negeri Sembilan untuk memilih PIBG paling cemerlang di Negeri Sembilan untuk dibawa ke peringkat kebangsaan. PIBG SMKUJ telah mewakili Jelebu untuk bertanding di peringkat negeri. Penilaian yang diadakan pada 4 Novermber 2013 itu, diwakili oleh Encik Azmi, YDP PIBG. Beliau turut diiringi oleh Tuan Haji Nor Hashim, Pengetua Cemerlang, Puan Noorazlina Kasim, SU PIBG dan Encik Bazrizan Basir. Setelah penelitian oleh semua juri, maka SMKUJ secara rasminya telah dinobatkan sebagai JOHAN dan seterusnya mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan. Tahniah kepada semua yang terlibat. SMKUJ memang hebat!

Majlis Anugerah Akademik, HEM & Kokurikulum

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik, HEM dan Kokurikulum telah diadakan di Dataran Ilmu pada 4 November 2013. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran YDP dan barisan AJK PIBG sebagai dif kehormat. Dalam ucapannya perasmiannya, YDP menyebut tentang kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan pihak PIBG sentiasa dijaga bagi memastikan SMKUJ terus cemerlang di pelbagai peringkat.

Pelbagai anugerah telah disampaikan oleh Encik Azmi, YDP PIBG dan Puan Siti Rafeah selaku Timb YDP, antaranya; Anugerah Kedatangan Penuh, Anugerah Pelajar Berhemah Tinggi, Anugerah Pelajar Cemerlang PMR dan SPM, Anugerah Olahragawan dan Olahragawati. Selain itu, para guru juga turut tidak ketinggalan menerima anugerah, antaranya; Anugerah Buku Rekod Cemerlang, Anugerah Khas Kokurikulum dan lain-lain.

Dalam majlis yang sama, turut disampaikan hadiah Pertandingan Bowling yang telah dianjurkan oleh Kelab Staff. Johan bagi guru lelaki adalah Cikgu Nasir, manakala Cikgu Norazlin Md Noor telah dinobatkan sebagai Johan bagi guru perempuan. Keluarga Cikgu Nasir menunjukkan penguasaan mereka dengan memenangi 4 hadiah bagi kesemua acara.

Majlis ditamatkan dengan upacara Izin Restu pelajar SPM. Majlis bersurai pada jam 10.00 pagi.

Saturday, 28 September 2013

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2013


Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2013 telah diadakan di Kuala Terengganu pada 28 September 2013. Ia bermula dan berakhir di Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu. SMKUJ menghantar 5 orang atlit yang terdiri daripada 2 atlit lelaki dan 3 atlit perempuan. Kelima-lima atlit berjaya menghabiskan larian. Berikut adalah keputusan penuh kesemua atlit SMKUJ:

Kategori Lelaki Junior
- Firdaus Tamrin: Tempat ke-21
- Vickneshwaran: Tempat ke-106

Kategori Perempuan Junior
- Nurul Natasha: Tempat ke-16
- Nurul Billa: Tempat ke-19
- Siti Hanisah: Tempat ke-89

Tahniah diucapkan kepada mereka semua kerana berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa. Moga terus berjaya di masa hadapan...

Thursday, 26 September 2013

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat PMR & SPM

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat PMR dan SPM telah diadakan pada 26 September 2013 di Surau SMKUJ. Majlis anjuran PIBG ini telah disertai oleh semua calon PMR dan SPM bersama ibu bapa masing-masing dan para guru serta kakitangan. Ia bermula pada jam 6.30 ptg melalui tayangan video yang diadakan di Surau. Selepas solat Maghrib, ucapan daripada YDP PIBG, Pengetua dan Cikgu Putra, PPD merangkap pegawai mesra SMKUJ telah disampaikan. Solat Hajat diadakan selepas Solat Isya'. Majlis bersurai sekitar jam 10.00 malam selepas semua tetamu diberi sedikit jamuan.

Monday, 23 September 2013

SPTS Negeri Sembilan


Kejohanan Balapan dan Padang SPTS telah diadakan di Kuala Pilih. SMKUJ, diketuai oleh Cikgu Suhaimi Muda, Cikgu Fairul Azry dan Cikgu Norazizan telah membawa sepasukan pelajar untuk mewakili SMKUJ. Keputusan yang amat memberangsangkan berjaya dicapai, iaitu seperti berikut:

EMAS
- Vickneswaran: 800m
- Nurul Natasha: 800m
- Relay Medley

PERAK
- Maziana: 100m
- Maziana: 800m

GANGSA
- Siti Hanisah: 100m
- Siti Hanisah: 800m
- Siti Hanisah: Lompat Jauh

Ia juga melayakkan SMKUJ untuk dinobatkan sebagai NAIB JOHAN keseluruhan. Tahniah kepada semua yang terlibat...

Sunday, 15 September 2013

KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA SELANGOR: Atlit SMKUJ Cemerlang


SMK Undang Jelebu telah menghantar satu pasukan olahraga ke kejohanan Olahraga Terbuka Selangor yang telah berlangsung pada 13-15 September di Trek Latihan MSN Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Berikut adalah keputusan yang telah dicapai oleh pasukan atlit sekolah

1 EMAS ..3 PERAK

Emas
4 X 400 -WANITA JUNIOR  (Siti Hanisah, Nurul Natasya, Nur Fatihah, Siti Normarziana)

PERAK
1. 400 BERPAGAR- Mohd Firdaus Tamrin
2. 4 X 100 - WANITA JUNIOR (Siti Normarziana, Nur Faithah, Athirah, Nurul Natasya)
3. 4 X 400 - LELAKI JUNIOR (Haziq, Syed Aliff, Firdaus, Vikneswaran)


Terima kasih diucapkan kepada ketua Jurulatih pasukan olahraga sekolah, En Suhaimi Muda atas bimbingan yang cukup kepada atlet-atlet ini. Tidak lupa juga kepada guru-guru pembimbing En Safwan, En Fairul dan Cik Norazizan. Tahniah kepada semua!!

Saturday, 24 August 2013

Sambutan Hari Raya dan Perasmian Bulan Kemerdekaan


 Cuti sekolah ganti sempena hari raya yang lepas telah dimanafaatkan oleh pihak sekolah dengan mengadakan Sambutan Hari Raya peringkat Sekolah. Serentak dengan itu, turut diadakan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah. Secara rasminya, ia diadakan pada 24 Ogos 2013 di Dataran Ukhwah, SMKUJ.

Seperti kebiasaan, para pelajar diberikan lot bagi kelas masing-masing. Mereka diberi masa lebih kurang 1-2jam untuk menghias lot mereka bagi mengalu-alukan kehadiran tetamu. Majlis bermula secara rasmi pada jam 9.30 pagi, dimulaikan dengan kata-kata aluan oleh Cikgu Noorazlina Kasim selaku Pengerusi Majlis. Ucapan pembukaan disempurnakan oleh tuan pengetua, manakala ucapan perasmian Bulan Kemerdekaan diucapkan oleh Encik Putra Hashim, pegawai mesra SMKUJ merangkap penolong pegawai PPDJJ. Simbolik perasmian Bulan Kemerdekaan turut disempurnakan oleh beliau dengan menyerahkan bendera Malaysia kepada pengetua SMKUJ.

Beberapa hadiah cabutan bertuah turut dicabut dan disampaikan kepada para guru dan pelajar. Selain itu, beberapa anugerah seperti Anugerah Gerai Tercantik, Anugerah Pakaian Terbaik, Anugerah Suara Terbaik dan lain-lain turut disampaikan setelah diadili oleh dua juri profesional, iaitu; Puan Noor Fauziah binti Rhan dan Puan Siti.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran para tetamu jemputan, antaranya, YDP PIBG dan AJK-AJKnya. Encik Shamsulkamal, bekas pegawai mesra SMKUJ merangkap kaunselor PPDJJ turut hadir. Alunan nyanyian lagu-lagu raya turut menggamit suasana.

Majlis bersurai sekitar jam 1.00 petang.


Wednesday, 17 July 2013

PERTANDINGAN OLIMPIAD MATEMATIK KEBANGSAAN

SMKUJ telah menghantar satu pasukan bagi kategori sulung (17-18 tahun) ke Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan yang telah berlangsung pada 13 Julai 2013 di Universiti Teknikal Melaka (UTeM). Ini merupakan penyertaan sekolah untuk kali kedua.Peserta yang terlibat pada kali ini ialah:

1. Theyvane a/p Kannan
2. Norainanadirah bt Mohd Sharif
3. Aida Syaleeza bt Shauddin
4. Nurul Ajla bt Saripudin

Penyertaan mereka kali ini adalah bersama guru pengiring, En Fairul Azry b Abd Aziz.
Segala keputusan bagi pertandingan ini akan diketahui kelak. Moga berjaya untuk mereka..


Monday, 8 July 2013

Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri


SMKUJ telah mewakili Jelebu dalam Pertandingan Bicara Berirama di peringkat negeri yang diadakan pada 8 Julai 2013 di SMK Dato' Undang Musa al-Haj. Pasukan yang diiringi oleh Cikgu Effendy Othman, Cikgu Fairul Azry, Cikgu Siti Nurbaya dan Cikgu Syukri itu berjaya membuktikan kesungguhan daripada latihan setiap hari akan membuahkan hasil yang memuaskan. Mereka berjaya mendapat NAIB JOHAN dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan.

Sunday, 7 July 2013

Seremban Half Marathon 2013


Seremban Half Marathon 2013 telah diadakan di Padang MPS, Seremban. SMKUJ diketuai oleh Cikgu Suhaimi Muda dan dibantu oleh Cikgu Safwan Azizul, Cikgu Fairul Azry dan Cikgu Azizan telah mengiringi 47 peserta dari kalangan pelajar SMKUJ. Seramai 46 peserta berjaya mendapat pingat. 2 daripadanya berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik, iaitu; Nurulbilla di TEMPAT KETIGA dan Nurul Natasya di TEMPAT KEENAM daripada lebih 5000 peserta yang menyertai pertandingan tersebut. Tahniah kepada semua yang bertanding.

Saturday, 29 June 2013

Majlis Sambutan Pra-Hari Keluarga Kakitangan SMKUJ


Majlis Sambutan Pra-Hari Keluarga anjuran Kelab Staff SMKUJ yang diketuai oleh Cikgu Norazlin Mohd Nor dan timbalannya Cikgu Zulkifly Abd Ghany telah berjaya diadakan di Kolam Kampai pada 29 Jun 2013. Kedatangan yang agak memberangsangkan daripada seluruh warga kakitangan SMKUJ beserta ahli keluarga maisng-masing berjaya menambah kemeriahan aktiviti tersebut. Beberapa program telah berjaya dijayakan, antaranya; Pertandingan Memancing, Pertandingan Mewarna bagi anak-anak, BBQ Ayam, Pertandingan Karaoke, potluck dan makan serta minum. Tuan Pengetua Haji Nor Hashim berjaya menjuarai Pertandingan Memancing, manakala Cikgu Effendy Othman berjaya menjadi johan Pertandingan Karaoke. CIkgu Ruzaini pula adalah cikgu yang paling bertuah apabila berjaya membawa pulang TV LCD yang merupakan hadiah cabutan bertuah utama. Aktiviti ini turut ditaja oleh PIBG. Tahniah kepada semua pemenang. Jumpa dalam Hari Keluarga di Melaka nanti.

Monday, 24 June 2013

SMKUJ Menyerlah di Hari Kualiti PPDJJ


Hari Kualiti PPDJJ telah dianjurkan oleh PPDJJ pada 24 Jun 2013. Ia diadakan di Dewan Besar Pejabat Daerah Jempol. Ia bagi memberikan penghargaan kepada sekolah dan guru yang telah memberikan jasa dalam menaikkan imej pendidikan PPDJJ di pihak yang lebih tinggi. SMKUJ, secara keseluruhan berjaya mendapat 4 anugerah, iaitu:-
- Anugerah Kecemerlangan SPM: Kategori Peningkatan Keseluruhan MP > 20%
- Anugerah Kecemerlangan SPM: Kategori Lonjakan Saujana
- Anugerah Kecemerlangan PIBG: Kategori Menengah
- Anugerah Guru Inovatif: Kategori Menengah.

Anugerah disampaikan oleh Tuan Mohd Isah Ismail, Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPNNS diiringi oleh Puan Hajah Rodiah, Pegawai PPDJJ dan Tuan Anuar, Timb Pegawai PPDJJ. SMKUJ diwakili oleh Tuan Haji Nor Hashim Othman, Puan Nor Aida Ahmad Subki dan Encik Wan Ali Akbar Wan Abdullah. Tahniah kepada SMKUJ.

Saturday, 22 June 2013

PROGRAM 'I-EXCELLENT' MATEMATIK PMR 2013


Bidang Sains dan Matematik telah pun berjaya menganjurkan Program I-Excellent Matematik PMR 2013. Program ini telah pun berlangsung pada 21 dan 22 jun 2013 di SMKUJ. Program ini melibatkan semua pelajar tingkatan 3 yang terdiri daripada kelas 3 Gemilang dan 3 cemerlang. Program ini bertujuan meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan pelajar untuk mata pelajaran Matematik khususnya demi mengadapi PMR akan datang .Para perserta telah berkampung selama 2 hari bermula pada hari jumaat tepat jam 3 petang sehingga 10 malam dan diikuti pada hari sabtu jam 8 pagi sehingga 5 petang. Program ini telah dikendalikan oleh semua guru-guru bidang Sains dan Matematik SMKUJ di samping bantuan oleh beberapa orang pelajar 4 Gemilang. Majlis penutupan telah pun dihadiri oleh YDP PIBG SMKUJ En Azmi b Aziz dan GPK HEM SMKUJ En Norazman b Mohd Amin.