PIBG SMKUJ telah dipilih untuk mewakili Negeri Sembilan bagi kategori Luar Bandar, kesinambungan selepas kejayaan di peringkat negeri. Sehubungan dengan itu, pada 12 Disember, hakim daripada KPM telah datang untuk menilai dengan lebih dekat aktiviti PIBG yang telah dijalankan.
Hakim disambut dengan jamuan makan tengahari. Jamuan tersebut turut dihadiri oleh YB Zainuddin dan YB Apak Yunus, serta diiringi oleh pegawai dari JPNS dan PPD. Turut hadir, Pengetua SMK DUMA dan seluruh AJK PIBG dan para guru.
Seterusnya, hakim dibawa ke Bilik Gerakan untuk sesi pembentangan. Pembentangan disempurnakan oleh Encik Azmi, YDP PIBG dan diselangi dengan tambahan-tambahan ringkas oleh AJK yang lain. Pada sesi komen dari hakim, beliau melahirkan rasa kagum dengan usaha yang telah dilakukan oleh pihak PIBG SMKUJ.
Seterusnya, hakim dibawa melawat beberapa kawasan, antaranya; Edible Lanscape, Bilik Guru, Surau dan Sanggar Budaya. Persembahan ringkas turut ditayangkan oleh para penari SMKUJ. Penilaian berakhir dengan sedikit minum petang dan sesi bergambar. Sedikit cenderahati turut disampaikan kepada semua hakim. Bekalan durian turut diberikan.
Moga PIBG SMKUJ berjaya menjadi JOHAN. Sama-sama kita doakan, insya'Allah...
No comments:
Post a Comment