Showing posts with label Pencapaian. Show all posts
Showing posts with label Pencapaian. Show all posts

Thursday, 29 January 2015

MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH

Pada 29 Januari 2015, pertandingan merentas desa peringkat daerah telah berlangsung di SMK Teriang Hilir. Seramai 24 orang wakil dari SMKUJ telah terpilih untuk menyertai pertandingan tersebut.  Jumlah pingat yang dimenangi oleh wakil-wakil dari SMKUJ ialah sebanyak 8 buah pingat.
Berikut adalah senarai pemenang:

L15
Emas: Mohd Shafirrul Shafie
Perak: Vikcneswaran
Tempat ke-9: Edikka


L18
Tempat ke-10: Ahmad Syafiq
Tempat ke-12: Faiz Far Iman


P18
Gangsa: Alia Syahirah
Tempat ke-5: Siti Hanisah
Tempat ke-13: Siti Salasiah


SMKUJ turut merangkul JOHAN KESELURUHAN bagi kategori L15 selain semua pelari berjaya menamatkan larian. TAHNIAH buat semua peserta!

Thursday, 17 April 2014

Atlit SMKUJ Menyerlah di Balapan dan Padang MSSN Negeri Sembilan




Pada 7 April-11 April yang lalu, kejohanan balapan dan padang peringkat MSSN Negeri Sembilan telah berlangsung di Sekolah Sukan Negeri SMK ZAABA di Kuala Pilah. Seramai 24 orang Atlit dari SMKUJ telah terpilih untuk menyertai kontijen daerah Jelebu ke kejohanan tersebut. Daerah Jelebu telah berjaya memungut sebanyak 3 emas 11 perak dan 12 gangsa. Daripada beberapa jumlah pingat yang diperoleh, seramai 11 orang atlit dari SMKUJ telah mendapatkankanya. Berikut adalah senarai pemenang dari SMKUJ:
1. Nor fazira Ismail                 : Emas acara Pentatlon P18
2. Hafizzul Ajmal                    : Emas Tukul Besi Lelaki Terbuka
3. Mohd Hafizie b Erwin Shah: Gangsa 800m  dan 4x400m L 18
4. Mohd Shafizzul b Shafie      : Gangsa 400m dan 4x400m L18
5. Mohd Firdaus b Tamrin       : Gangsa 4x 400m dan Tempat ke5 Heptatlon L18
6. Mohd Riezman b Suhaimi    : Tempat ke6 Heptatlon L18
7. Haziq Naqiuddin b Mat       : Gangsa 4x100m dan 4x400m L15
8. Vickneswaran Nair              : Gangsa 4x400m L15
9. Siti Hanisah Zakaria             :Gangsa Quatatlon P15
10. Syamimie Natasya             : Gangsa Jalan Kaki 5000m
11 Alia Syahirah bt Md Noor   : Perak 400m Lari Berpagar dan Gangsa 4x400m P18

Tahniah kepada semua pemenang dalam mengharumkan nama SMKUJ. Tahniah juga kepada semua pengurus dan jurulatih. Semoga lebih cemerlang untuk akan datang

Friday, 21 March 2014

SMKUJ & Kejohanan Balapan dan Padang MSSDJ 2014



SMKUJ telah diamanahkan untuk menjadi pengelola utama bagi Kejohanan Balapan dan Padang peringkat MSSD Jelebu 2014. Ia telah diadakan di SMK Pertang selama 4 hari, bermula 17 Mac hingga 20 Mac 2014. Pengelola bersama adalah SK Kuala Klawang dan MSSD Jelebu.

Peserta dibahagikan kepada 10 peringkat umur dan jantina, iaitu seperti berikut; L18, L15, L13, L12, L10 dan P18, P15, P13, P12, P10. Pelbagai acara dipertandingkan. SMKUJ berjaya meraih 27 Emas, 17 Perak dan 17 Gangsa sekaligus melayakkannya menerima gelaran Johan Keseluruhan Sekolah Menengah. Mohd Hafizie Erwinsyah dan Norfazira Ismail juga dinobatkan sebagai Peserta Terbaik L18 dan P18.


Perasmian penutup dihadiri oleh YB Jalaludin, ADUN Pertang. Ia turut diserikan dengan kehadiran Puan Hajah Rodiah, PPD Jempol Jelebu dan barisan dif kehormat yang lain. Tahniah kepada semua ajk yang berusaha menjayakan kejohanan ini. Tahniah juga kepada semua atlit kerana berjaya menaikkan nama SMKUJ di Jelebu.

Maklumat lanjut, sila layari http://mssdjelebu.blogspot.com/

Thursday, 19 December 2013

PMR Meningkat! Muhammad Syafi 8 A!


Keputusan PMR telah diumumkan di seluruh Malaysia sekitar jam 10.00 pagi tadi. Di SMKUJ, para pelajar telah membanjiri sekolah seawal jam 9.00 pagi lagi. Bagaimanapun, keputusan hanya diedarkan sekitar jam 11.00 pagi.

Alhamdulillah, SMKUJ sekali lagi menunjukkan peningkatan ketara. Gred Purata Sekolah meningkat kepada 3.04 berbanding 3.17 pada 2012. Pratusan penguasaan minimum juga meningkat kepada 57 % berbanding hanya 53.7 % pada tahun sebelum. Kebanyakan matapelajaran juga menunjukkan peningkatan GPMP dan peratusan lulus.

Berikut adalah senarai pelajar cemerlang SMKUJ
1) Muhammad Syafi Che Wahab: 8A
2) Loh Shan Shan: 7A 1B
3) Muhammad Ariff muzaffar syah 7A 1 B
3) Nur Fazerra Azren Abdul Majid: 7A 1C
4) Shieakh Khalid Shieakh Malik: 7A 1C
5) Harish Akmal Ahmad Suhaimi: 6A 2B
6) Muhammad Haziq Abd Rahman: 6A 1B 1C
7) Muhamad Zulfikar Othman: 5A 2B 1C
8) Pu Shu Xuan: 5A 3B
9) Faiz Azzamudin Shah Norazman: 4A 4B
10) Chin Lur Yan: 4A 3B 1C
11) Chu Chen Wei: 4A 3B 1C

dan ramai pelajar yang mendapat 3A. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya.

Untuk pengetahuan, Negeri Sembilan turut mencatatkan peningkatan dengan berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan berbanding negeri-negeri lain dengan Gred Purata 2.59. Terengganu kekal di tempat pertama.

Thursday, 12 December 2013

Penilaian PIBG Cemerlang peringkat Kebangsaan

PIBG SMKUJ telah dipilih untuk mewakili Negeri Sembilan bagi kategori Luar Bandar, kesinambungan selepas kejayaan di peringkat negeri. Sehubungan dengan itu, pada 12 Disember, hakim daripada KPM telah datang untuk menilai dengan lebih dekat aktiviti PIBG yang telah dijalankan.

Hakim disambut dengan jamuan makan tengahari. Jamuan tersebut turut dihadiri oleh YB Zainuddin dan YB Apak Yunus, serta diiringi oleh pegawai dari JPNS dan PPD. Turut hadir, Pengetua SMK DUMA dan seluruh AJK PIBG dan para guru.

Seterusnya, hakim dibawa ke Bilik Gerakan untuk sesi pembentangan. Pembentangan disempurnakan oleh Encik Azmi, YDP PIBG dan diselangi dengan tambahan-tambahan ringkas oleh AJK yang lain. Pada sesi komen dari hakim, beliau melahirkan rasa kagum dengan usaha yang telah dilakukan oleh pihak PIBG SMKUJ.

Seterusnya, hakim dibawa melawat beberapa kawasan, antaranya; Edible Lanscape, Bilik Guru, Surau dan Sanggar Budaya. Persembahan ringkas turut ditayangkan oleh para penari SMKUJ. Penilaian berakhir dengan sedikit minum petang dan sesi bergambar. Sedikit cenderahati turut disampaikan kepada semua hakim. Bekalan durian turut diberikan.

Moga PIBG SMKUJ berjaya menjadi JOHAN. Sama-sama kita doakan, insya'Allah...

Monday, 18 November 2013

Atlit SMKUJ menyerlah di Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang


Atlit Olahraga SMKUJ telah di bawa untuk menyertai Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang yang diadakan pada 17 November 2013 di Pulau Pinang. Larian yang disertai oleh hampir 50,000 peserta itu dan dicatatkan dalam Malaysia Book of Record sebagai larian jambatan terbesar itu, berjaya dikuasai oleh para atlit SMKUJ. Berikut adalah pencapaian para atlit SMKUJ:

- Nurul Natasha: Tempat ke-15
- Siti Anisah: Tempat ke-30
- Fatihah: Tempat ke-45
- Normiza: Tempat ke-45
- Hafizie: Tempat ke-40.

Maklumat lanjut tentang larian ini, boleh layari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LarianJambatanPulauPinangcatatsejarah/Article/index_html

UJ memang terbaik!

Friday, 15 November 2013

Guru Inovatif


Ustaz Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Guru Inovatif kategori Individu Sekolah Menengah peringkat JPN Negeri Sembilan. Hadiah sebanyak RM500 beserta sijil telah dibawa pulang beliau. Inovasi yang dipersembahkan dalam pertadingan ini adalah Skroll Suci, BBM yang digunakan untuk membantu ingatan pelajar tingkatan 4 terhadap istilah-istilah haji.

Monday, 4 November 2013

PIBG SMKUJ terbukti cemerlang!

Satu sesi penilaian PIBG Cemerlang telah diadakan di JPN Negeri Sembilan untuk memilih PIBG paling cemerlang di Negeri Sembilan untuk dibawa ke peringkat kebangsaan. PIBG SMKUJ telah mewakili Jelebu untuk bertanding di peringkat negeri. Penilaian yang diadakan pada 4 Novermber 2013 itu, diwakili oleh Encik Azmi, YDP PIBG. Beliau turut diiringi oleh Tuan Haji Nor Hashim, Pengetua Cemerlang, Puan Noorazlina Kasim, SU PIBG dan Encik Bazrizan Basir. Setelah penelitian oleh semua juri, maka SMKUJ secara rasminya telah dinobatkan sebagai JOHAN dan seterusnya mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan. Tahniah kepada semua yang terlibat. SMKUJ memang hebat!

Majlis Anugerah Akademik, HEM & Kokurikulum

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik, HEM dan Kokurikulum telah diadakan di Dataran Ilmu pada 4 November 2013. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran YDP dan barisan AJK PIBG sebagai dif kehormat. Dalam ucapannya perasmiannya, YDP menyebut tentang kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan pihak PIBG sentiasa dijaga bagi memastikan SMKUJ terus cemerlang di pelbagai peringkat.

Pelbagai anugerah telah disampaikan oleh Encik Azmi, YDP PIBG dan Puan Siti Rafeah selaku Timb YDP, antaranya; Anugerah Kedatangan Penuh, Anugerah Pelajar Berhemah Tinggi, Anugerah Pelajar Cemerlang PMR dan SPM, Anugerah Olahragawan dan Olahragawati. Selain itu, para guru juga turut tidak ketinggalan menerima anugerah, antaranya; Anugerah Buku Rekod Cemerlang, Anugerah Khas Kokurikulum dan lain-lain.

Dalam majlis yang sama, turut disampaikan hadiah Pertandingan Bowling yang telah dianjurkan oleh Kelab Staff. Johan bagi guru lelaki adalah Cikgu Nasir, manakala Cikgu Norazlin Md Noor telah dinobatkan sebagai Johan bagi guru perempuan. Keluarga Cikgu Nasir menunjukkan penguasaan mereka dengan memenangi 4 hadiah bagi kesemua acara.

Majlis ditamatkan dengan upacara Izin Restu pelajar SPM. Majlis bersurai pada jam 10.00 pagi.

Wednesday, 9 October 2013

SMKUJ Johan Futsal!


Kejohanan Futsal 1M 1S peringkat PPD Jempol Jelebu telah diadakan pada 9 Oktober 2013 di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol. SMKUJ telah menghantar pasukan futsal sekolah bagi mewakili sekolah. Perlawanan yang sengit menyaksikan SMKUJ berjaya menggodal PINGAT EMAS sekaligus dinobatkan JOHAN Futsal Jempol Jelebu. Tahniah diucapkan kepada pasukan.

Wednesday, 2 October 2013

NATIONAL MATHEMATICS MARATHON 2013




Pada 1 Oktober 2013 yang lepas, SMK Undang Jelebu di bawah panitia Matematik telah menghantar satu pasukan ke  National Mathematics Marathon 2013 yang telah dianjurkan oleh  A-Level of HELP Academy, Damansara. Pertandingan ini telah disertai oleh peserta dari seluruh negara. Pasukan SMKUJ yang telah diketuai oleh En Fairul Azry b Abd Aziz, dianggotai oleh tiga orang peserta. Antara pesertanya adalah  Mohamad Aiman Fikree b Ahmad Suhaimi, Muhamad Faqrul Izzat b Muslim dan Muhamad Hariz b Zulkarnain. hadiah yang ditawarkan adalah berjumlah hampir RM 30,000. Walaupun tidak memenangi apa-apa hadiah, pengalaman yang telah berjaya dikutip tersebut amat berharga untuk para peserta.

Saturday, 28 September 2013

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2013


Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2013 telah diadakan di Kuala Terengganu pada 28 September 2013. Ia bermula dan berakhir di Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu. SMKUJ menghantar 5 orang atlit yang terdiri daripada 2 atlit lelaki dan 3 atlit perempuan. Kelima-lima atlit berjaya menghabiskan larian. Berikut adalah keputusan penuh kesemua atlit SMKUJ:

Kategori Lelaki Junior
- Firdaus Tamrin: Tempat ke-21
- Vickneshwaran: Tempat ke-106

Kategori Perempuan Junior
- Nurul Natasha: Tempat ke-16
- Nurul Billa: Tempat ke-19
- Siti Hanisah: Tempat ke-89

Tahniah diucapkan kepada mereka semua kerana berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa. Moga terus berjaya di masa hadapan...

Monday, 23 September 2013

SPTS Negeri Sembilan


Kejohanan Balapan dan Padang SPTS telah diadakan di Kuala Pilih. SMKUJ, diketuai oleh Cikgu Suhaimi Muda, Cikgu Fairul Azry dan Cikgu Norazizan telah membawa sepasukan pelajar untuk mewakili SMKUJ. Keputusan yang amat memberangsangkan berjaya dicapai, iaitu seperti berikut:

EMAS
- Vickneswaran: 800m
- Nurul Natasha: 800m
- Relay Medley

PERAK
- Maziana: 100m
- Maziana: 800m

GANGSA
- Siti Hanisah: 100m
- Siti Hanisah: 800m
- Siti Hanisah: Lompat Jauh

Ia juga melayakkan SMKUJ untuk dinobatkan sebagai NAIB JOHAN keseluruhan. Tahniah kepada semua yang terlibat...

Saturday, 21 September 2013

Larian 1 Malaysia

Larian 1 Malaysia telah diadakan serentak seluruh Malaysia pada 21 September 2013. Di Negeri Sembilan, larian diadakan di Padang MPS, Seremban. SMKUJ telah menghantar 8 atlit, iaitu; 4 orang atlit lelaki dan 4 atlit perempuan. Keputusannya, Nur Fathihah berjaya mendapat tempat ke-7 manakala Siti Hanisah berjaya mendapat tempat ke-10. Tahniah kepada semua.

Sunday, 15 September 2013

KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA SELANGOR: Atlit SMKUJ Cemerlang


SMK Undang Jelebu telah menghantar satu pasukan olahraga ke kejohanan Olahraga Terbuka Selangor yang telah berlangsung pada 13-15 September di Trek Latihan MSN Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Berikut adalah keputusan yang telah dicapai oleh pasukan atlit sekolah

1 EMAS ..3 PERAK

Emas
4 X 400 -WANITA JUNIOR  (Siti Hanisah, Nurul Natasya, Nur Fatihah, Siti Normarziana)

PERAK
1. 400 BERPAGAR- Mohd Firdaus Tamrin
2. 4 X 100 - WANITA JUNIOR (Siti Normarziana, Nur Faithah, Athirah, Nurul Natasya)
3. 4 X 400 - LELAKI JUNIOR (Haziq, Syed Aliff, Firdaus, Vikneswaran)


Terima kasih diucapkan kepada ketua Jurulatih pasukan olahraga sekolah, En Suhaimi Muda atas bimbingan yang cukup kepada atlet-atlet ini. Tidak lupa juga kepada guru-guru pembimbing En Safwan, En Fairul dan Cik Norazizan. Tahniah kepada semua!!

Thursday, 11 July 2013

SMKUJ 5 Bintang SSQS


Keputusan SSQS 2012 baru sahaj diumumkan. Melalui PKG Kuala Klawang, SMKUJ telah dinobatkan antara sekolah yang berjaya mencapai tahap 5 BINTANG. Tahniah buat seluruh warga SMKUJ. Anda memang hebat.

Monday, 8 July 2013

Anugerah Akademik Terbilang 2013

Hari Anugerah Akademik Terbilang 2013 telah diadakan di The Royale Bintang Resort & Spa Seremban pada 8 Julai 2013. Program anjuran JPN Negeri Sembilan itu bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada susah payah pihak sekolah dan individu guru yang telah berusaha untuk mencapai sesuatu. Dalam program tersebut, SMKUJ berjaya mendapat 2 anugerah, iaitu; Anugerah Khas Lonjakan Saujana SPM dan Anugerah Khas Guru Inovatif. SMKUJ adalah salah satu daripada 6 sekolah yang mendapat Anugerah Khas Lonjakan Saujana SPM dan merupakan satu-satunya sekolah harian biasa tanpa kelas rancangan khas yang berjaya meraih anugerah tersebut. Anugerah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hasan, MB Negeri Sembilan yang diiringi oleh YB Shamsulkahar Deli, Exco Pendidikan dan Kesihatan Negeri Sembilan dan Puan Hajah Kalsom Khalid, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan kepada Tuan Haji Nor Hashim Othman, Pengetua Cemerlang SMKUJ. Turut hadir pada majlis itu, tuan speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri


SMKUJ telah mewakili Jelebu dalam Pertandingan Bicara Berirama di peringkat negeri yang diadakan pada 8 Julai 2013 di SMK Dato' Undang Musa al-Haj. Pasukan yang diiringi oleh Cikgu Effendy Othman, Cikgu Fairul Azry, Cikgu Siti Nurbaya dan Cikgu Syukri itu berjaya membuktikan kesungguhan daripada latihan setiap hari akan membuahkan hasil yang memuaskan. Mereka berjaya mendapat NAIB JOHAN dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan.

Sunday, 7 July 2013

Seremban Half Marathon 2013


Seremban Half Marathon 2013 telah diadakan di Padang MPS, Seremban. SMKUJ diketuai oleh Cikgu Suhaimi Muda dan dibantu oleh Cikgu Safwan Azizul, Cikgu Fairul Azry dan Cikgu Azizan telah mengiringi 47 peserta dari kalangan pelajar SMKUJ. Seramai 46 peserta berjaya mendapat pingat. 2 daripadanya berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik, iaitu; Nurulbilla di TEMPAT KETIGA dan Nurul Natasya di TEMPAT KEENAM daripada lebih 5000 peserta yang menyertai pertandingan tersebut. Tahniah kepada semua yang bertanding.

Wednesday, 3 July 2013

UJ Johan Pertandingan Sketsa Negara Kelab 1 Malaysia

Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1 Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Malaysia cawangan Negeri Sembilan telah diadakan pada 3 Julai 2013 di SMA Haji Mat Yatim, Rembau. 5 daerah telah menghantar wakil masing-masing. Jelebu diwakili oleh SMK Undang Jelebu. Pasukan SMK Undang Jelebu berjaya mendapat JOHAN Sketsa Rukun Negara Kelab 1 Malaysia peringkat Negeri Sembilan 2013, sekaligus melayakkan pasukan untuk menerima hadiah berupa piala dan wang tunai sebanyak RM1,500. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Penerangan Negeri Sembilan.