Monday 8 July 2013

Anugerah Akademik Terbilang 2013

Hari Anugerah Akademik Terbilang 2013 telah diadakan di The Royale Bintang Resort & Spa Seremban pada 8 Julai 2013. Program anjuran JPN Negeri Sembilan itu bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada susah payah pihak sekolah dan individu guru yang telah berusaha untuk mencapai sesuatu. Dalam program tersebut, SMKUJ berjaya mendapat 2 anugerah, iaitu; Anugerah Khas Lonjakan Saujana SPM dan Anugerah Khas Guru Inovatif. SMKUJ adalah salah satu daripada 6 sekolah yang mendapat Anugerah Khas Lonjakan Saujana SPM dan merupakan satu-satunya sekolah harian biasa tanpa kelas rancangan khas yang berjaya meraih anugerah tersebut. Anugerah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hasan, MB Negeri Sembilan yang diiringi oleh YB Shamsulkahar Deli, Exco Pendidikan dan Kesihatan Negeri Sembilan dan Puan Hajah Kalsom Khalid, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan kepada Tuan Haji Nor Hashim Othman, Pengetua Cemerlang SMKUJ. Turut hadir pada majlis itu, tuan speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment