Showing posts with label Pengelolaan. Show all posts
Showing posts with label Pengelolaan. Show all posts

Tuesday, 27 January 2015

Pertandingan Sepak Takraw

Pada 26 & 27 Januari, Sekolah Menengah Kebangsan Undang Jelebu telah menjadi tuan rumah dalam acara Kejohanan Sepak Takraw MSSD Jelebu 2015 yang bertempat di perkarangan Dewan Karisma.

1.       Pemenang Kategori  Bawah 15 tahun:

KEDUDUKAN
NAMA SEKOLAH
Johan
SMKTH B
Naib Johan
MRSMKK A
Ketiga Bersama
SMKTH A
Ketiga Bersama
SMKDUMA A

2.       Pemenang kategori Bawah 18 tahun:
KEDUDUKAN
NAMA SEKOLAH
Johan
SMKTH (B)
Naib Johan
SMKDUMA (A)
Ketiga Bersama
SMKP (A)
Ketiga Bersama
SMK DUSAJ (A)

Majlis penutup dirasmikan oleh Pn. Hajah Rodiah Bt. Mohd Jan, Pegawai Pendidikan PPD Jempol & Jelebu.

Friday, 21 March 2014

SMKUJ & Kejohanan Balapan dan Padang MSSDJ 2014



SMKUJ telah diamanahkan untuk menjadi pengelola utama bagi Kejohanan Balapan dan Padang peringkat MSSD Jelebu 2014. Ia telah diadakan di SMK Pertang selama 4 hari, bermula 17 Mac hingga 20 Mac 2014. Pengelola bersama adalah SK Kuala Klawang dan MSSD Jelebu.

Peserta dibahagikan kepada 10 peringkat umur dan jantina, iaitu seperti berikut; L18, L15, L13, L12, L10 dan P18, P15, P13, P12, P10. Pelbagai acara dipertandingkan. SMKUJ berjaya meraih 27 Emas, 17 Perak dan 17 Gangsa sekaligus melayakkannya menerima gelaran Johan Keseluruhan Sekolah Menengah. Mohd Hafizie Erwinsyah dan Norfazira Ismail juga dinobatkan sebagai Peserta Terbaik L18 dan P18.


Perasmian penutup dihadiri oleh YB Jalaludin, ADUN Pertang. Ia turut diserikan dengan kehadiran Puan Hajah Rodiah, PPD Jempol Jelebu dan barisan dif kehormat yang lain. Tahniah kepada semua ajk yang berusaha menjayakan kejohanan ini. Tahniah juga kepada semua atlit kerana berjaya menaikkan nama SMKUJ di Jelebu.

Maklumat lanjut, sila layari http://mssdjelebu.blogspot.com/

Wednesday, 26 February 2014

Persidangan Majlis Pengetua Negeri Sembilan

Persidangan Majlis Pengetua Negeri Sembilan telah diadakan di Dewan Karisma SMKUJ dan Dewan Auditorium Pusat Penyelidikan Perikanan Glami Lemi, Jelebu pada 26 Februari 2014. Ia dikelola secara bersama oleh Majlis Pengetua Sekolah Menengah Negeri Sembilan dengan kerjasama PIBG SMKUJ.

Ia dimulakan pada jam 1.45 petang dengan ketibaan dan kehadiran semua pengetua atau wakil ke Dewan Karisma. Sekitar jam 2.00 petang, semua peserta persidangan dibawa ke Pusat Penyelidikan Perikanan, Glami Lemi. Ketua Pusat Penyelidikan Perikanan memberikan sedikit pengenalan tentang pusat di bawah jagaan beliau. Sekitar jam 3.00 petang, slot pertama diisi oleh Tuan Haji Nor Hashim, Pengetua Cemerlang SMKUJ, menceritakan tentang Sarana Ibu Bapa dan Sekolah. Ia berlangsung selama 15 minit. Pada jam 3.20 pula, slot kedua menyusul dan diisi oleh Tuan Haji Omar Ahmad, Pengetua SMK TTJ, Seremban.

Pada jam 3.30 petang, semua peserta dibawa pulang ke Dewan Karisma SMKUJ. Dif kehormat yang terdiri daripada YB Hj Zainuddin Ismail, Ahli Parlimen Jelebu tiba. Pelbagai persembahan disediakan oleh SEMUJA Dance Theatre. Majlis bersurai sekitar jam 5.30 petang.

Tuesday, 21 January 2014

Majlis Penyerahan BKAP1M Daerah Jelebu 2014


Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan (BKAP1M) telah diadakan di Dewan Karisma SMKUJ pada 21 Januari 2014. Penyerahan disempurnakan oleh YB Haji Zainuddin Ismail, Ahli Parlimen Jelebu. Majlis bermula sekitar jam 2.30 ptg dengan bacaan doa oleh Ust Zool Hilmi. Ucapan aluan disempurnakan oleh Puan Hajah Rodiah Md Jan, PPD Jempol Jelebu dan disambung dengan ucapan perasmian oleh YB Zainuddin. Upacara penyerahan disempurnakan oleh YB dengan diiringi oleh Tuan PPD, Tuan Pengetua SMKUJ, YDP PIBG SMKUJ dan Tuan Ketua Polis Daerah kepada pelajar-pelajar SMKUJ dan sekolah-sekolah sekitar Jelebu. Majlis turut dihadiri oleh Pengetua-Pengetua dan Guru-guru Besar. Majlis bersurai sekitar jam 4.00 ptg.

Friday, 26 April 2013

SMKUJ Johan Debat Bahasa Inggeris


Karnival Bahasa Inggeris peringkat daerah Jelebu telah dilangsungkan di SMKUJ pada 25 April 2013. Sebanyak 3 pertandingan yang dipertandingkan, iaitu; Choral Speaking, Public Speaking dan Debate. 2 tempat digunakan, iaitu; Dewan Karisma dan Makmal ICT 2. Kesemua 7 sekolah menghantar pasukan terbaik mereka untuk merebut gelaran johan bagi setiap pertandingan.

Acara kemuncak yang diadakan di Dewan Karisma menyaksikan pertembungan debat antara SMKUJ dan SMK DUMA. Pertandingan dimeriahkan lagi dengan kehadiran VIP, iaitu; Dato' Yunus Rahmat, Puan Hajah Rodiah, YDP PIBG SMKUJ dan Pengetua SMKUJ.


Acara penutup bermula pada 1.30 petang dimulakan dengan persembahan oleh Pasukan Bicara Berirama SMKUJ yang akan mewakili Jelebu ke peringkat negeri. Ucapan aluan disempurnakan oleh Puan Hajah Rodiah, PPDJJ. Perasmian Penutup disempurnakan oleh Dato' Yunus Rahmat.

Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Dato' Yunus dengan diiringi oleh Puan Hajah Rodiah dan Puan Noor Fauziah binti Rhan. SMKUJ berjaya merangkul gelaran JOHAN bagi DEBATE mengalahkan SMK DUMA. Theyvane a/p Kannan turut dinobatkan sebagai PENDEBAT TERBAIK. Selain itu, Siti Roslina yang mewakili SMKUJ bagi Public Speaking, turut berjaya mendapat TEMPAT KETIGA. Pasukan Choral Speaking juga mendapat TEMPAT KETIGA. Tahniah kepada semua pemenang.

Cenderamata penghargaan disampaikan kepada Dato' Yunus oleh Puan Hajah Rodiah. Selain itu, cenderamata daripada pihak sekolah disampaikan kepada Puan Hajah Rodiah oleh Puan Fauziah binti Rhan. Majlis diakhiri dengan persembahan oleh Johan Choral Speaking.

Thursday, 18 April 2013

Kejohanan Bola Sepak MSSMNS berjalan lancar


Kejohanan Bola Sepak Peringkat Negeri MSSMNS telah berlangsung di Jelebu. SMKUJ telah diberi kepercayaan untuk menjadi pengelola utama. Sebanyak 6 padang digunakan, antaranya; Padang MRSM, Padang KVKK, Padang Awam Triang, Padang SK Pasoh dan Mini Stadium Klawang sebagai padang utama. Kesemua daerah dan Sekolah Sukan Zaaba menghantar pasukan terbaik mereka untuk merebut gelaran johan bagi 3 peringkat yang dipertandingkan, iaitu; b12, b15 dan b18.

Kejohanan berlangsung selama 3 hari bermula 16 April hingga 18 April. Ia berjalan dengan lancar. Walaupun ada sedikit insiden-insiden kecil, namun ia berada di bawah kawalan di bawah kelolaan pihak pengelola dan dibantu oleh pengadil profesional. Kejohanan ini menyaksikan SSN Zaaba berjaya menjadi johan b18 dan Seremban 1 johan bagi b15. Jelebu sekadar terpaksa berpuas hati mendapat tempat kedua bagi b12.

Perasmian penutup telah diadakan di Stadium Mini Klawang. Ia dihadiri oleh wakil pengarah, PPDJJ dan beberapa dif kehormat. Tahniah kepada semua pemenang.

Saturday, 13 April 2013

LDP 6: NLP Power of Mind

Pada 13 April 2013, di Makmal ICT 2 SMKUJ, telah berlangsung latihan khusus untuk guru-guru SMKUJ. Program yang dianjurkan secara bersama oleh SMKUJ dan Pusat Pemantapan Akidah itu bertajuk NLP: Power of Mind. Penceramahnya adalah Dr Azhar Sharif adalah Certified Hypnotherapist (USA),Master Trainer NLP dan Pengasas spiritual NLP yang hebat dan terkenal. Ia bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang. Pelbagai pendedahan tentang teknik komunikasi berkesan dan kaedah untuk mempengaruhi orang diajarkan. Ia sangat baik, terutama untuk komunikasi antara guru dan pelajar serta ibu bapa. Kursus ini turut dihadiri oleh guru-guru dari 4 buah sekolah tahfiz dari Seremban. Terima kasih Pusat Pemantapan Akidah Jelebu kerana sudi menaja kos makanan dan kos konsultansi.

Tuesday, 2 April 2013

Dua hari bersama Cikgu Cemerlang Jusa C


Panitia Sains dan Bidang Sains dan Matematik berjaya menganjurkan bengkel Sains bersama Guru Cemerlang Jusa C, Cikgu Hamzah dari Terengganu. Bengkel diadakan selama 2 hari, iaitu pada 1 dan 2 April di Dewan Karisma SMKUJ. Pelajar Tingkatan 3 menghadiri bengkel pada hari pertama, manakala pelajar Tingkatan 5 pula menghadiri bengkel pada hari kedua. Bengkel turut dihadiri oleh beberapak pelajar dari sekolah menengah sekitar Jelebu. Beberapa teknik belajar didedahkan oleh guru tersebut kepada para pelajar.

Pada petang 2 April 2013 pula, satu sesi perkongsian daripada beliau turut diberikan kepada para guru. Ia diadakan di Makmal ICT 1. Para guru nyata seronok dan memberikan tumpuan sepenuhnya dengan kaedah inovasi yangdiperkenalkan oleh guru tersebut. Moga para guru memanafaatkan ilmu baru yang mereka dapat gali daripadanya. LDP tersebut turut dihadiri oleh guru dari SMRAKK.

Thursday, 21 March 2013

Kejohanan Badminton MSSDJ


Kejohanan Badminton Peringkat Jelebu telah diadakan dan dikelola oleh SMKUJ. Ia diadakan di Dewan Karisma SMKUJ, bermula pada 20 Mac hingga 21 Mac 2013. Semua sekolah dibawah PPD Jelebu menghantar penyertaan. Sebanyak 4 kategori dipertandingkan, iaitu L15, P15, L18 dan P18 bagi memenangi acara peseorangan lelaki, perseorangan perempuan, beregu lelaki, beregu perempuan dan beregu campuran. Majlis penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Nor Hashim Othman, Pengetua Cemerlang SMKUJ. Tahniah kepada semua pemenang.

Bagi pihak SMKUJ, beberapa kategori berjaya dimenangi, antaranya; beregu campuran bawah 18, beregu lelaki L18 dan perseorangan lelaki L18. Terdapat juga pemenang pingat perak dan gangsa. Kesemua pemenang emas akan mewakili Jelebu ke peringkat negeri.

Wednesday, 7 November 2012

Master Chef Junior Jelebu


Pada 7 November 2012, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Bidang Teknik dan Vokasional telah menganjurkan Master Chef Junior Jelebu. Ia diadakan di Dataran Ukhuwah SMKUJ. Pertandingan tersebut adalah sebahagian daripada aktiviti pasca peperiksaan, melibatkan pelajar tingkatan 3. Terdapat 6 sekolah menghantar penyertaan, iaitu; SMKUJ, SMK DUMA, SMV Kuala Klawang, SMK Pertang, SMRA Kuala Klawang dan MRSM Kuala Klawang. Hanya SMK Dato' Undang Syed Ali al-Jufri tidak menyertai pertandingan tersebut kerana terdapat aktivit tersendiri.

Pertandingan dirasmikan oleh Encik ShamsulKamal bin Rahman, Pegawai Mesra SMKUJ merangkap Kaunselor PPDJJ. Semua bahan dan alatan memasak disediakan. Peserta diberi masa selama 2jam 30 minti untuk menyiapkan masakan. Pemarkahan bukan sahaja melibatkan rasa, tetapi juga merangkumi kerjasama, kebersihan dan lain-lain.

SMK Pertang menjuarai pertandingan tersebut dengan hasil masakan mereka, Ayam Masak Merah. Hadiah disampaikan oleh Cikgu Nor Azman Mohd Amin, GPK HEM SMKUJ.

Sunday, 7 October 2012

MSSNS 17 International Invitation Cricket Challange 2012


Satu pertandingan MSSNS 17 International Invitation Cricket Challange 2012 telah diadakan di Negeri Sembilan selama seminggu, bermula 1 hingga 7 Oktober 2012. SMKUJ telah dilantik menjadi antara pengelola kejohanan bertaraf antarabangsa tersebut. Kejohanan tersebut berlangsung sepenuhnya di SMK King George V. Sebanyak 8 pasukan daripada 5 buah negara bertanding pada kejohanan tersebut, iaitu:-

SRI LANKA
- Royal Cricket Club
- Cricket Academy of Nigambo

INDIA
- Silpara Elit Club

PAKISTAN
- Zaheer Abbas Cricket Academy

HONG KONG
- Delia Memorial School

MALAYSIA
- MSSNS Lion
- MSSNS Tiger
- Bukit Jalil Sport School

Dibawah nasihat Pengetua, barisan AJK dari kalangan guru SMKUJ yang terlibat, diketuai oleh Puan Rosnah Tabri (GPK Kokurikulum), antaranya ialah; Cikgu Nik Ahmad Zamir, Cikgu Zubaidah Mohamad, Cikgu Arshalisa Ariff, Cikgu Aziratul Syida, Cikgu Nor Aida Ahmad Subky, Cikgu Norhaziana Hamdan dan Cik Nur Suhaila Abu Bakar.



Majlis perasmian pembukaan dan penutup telah diadakan di Klana Resort Hotel. Majlis perasmian disempurnakan oleh Dato' Abdul Halim Abdul Razak, Pengarah JPN Negeri Sembilan, manakala perasmian penutup disempurnakan oleh Dato' Seri Muhammad bin Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, sila layari http://iicc2012.usjpns.net/.

Wednesday, 9 May 2012

SMKUJ Pengelola Karnival Nasyid Peringkat Negeri

Satu Karnival Nasyid Peringkat Negeri akan dianjurkan oleh SMKUJ pada 12 Mei 2012, di Dewan Karisma SMKUJ dan SMV Kuala Klawang. Pelbagai acara yang dipertandingkan, antaranya Pertandingan Nasyid, Kompang Selawat dan lain-lain. Ia melibatkan wakil-wakil setiap daerah seluruh Negeri Sembilan bagi peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah.

Antara dif kehormat yang dijangka hadir, adalah;
 - Tuan Haji Abdullah bin Md Din (Pengarah JAPIM, KPM)
 - Dato' Abdul Halim Abdul Razak (Pengarah JPNNS)

Acara akan bermula pada pukul 8 pagi dan dijangka tamat pada pukul 1.00 petang. Semua orang dijemput hadir bagi menyaksikan persembahan-persembahan hebat daripada semua wakil, disamping memberikan semangat kepada pasukan yang bertanding.

Thursday, 3 May 2012

Daerah: SMKUJ cemerlang dalam Pesta Musik!!



Pada 2 dan 3 Mei, telah berlangsung Pesta Muzik peringkat Daerah Jelebu, yang dikelola oleh SMKUJ dan diadakan di Dewan Karisma SMK Undang Jelebu. Dalam pertandingan tersebut, SMKUJ telah menyertai kesemua acara yang dipertandingkan.

SMKUJ telah mendapat JOHAN dalam dua acara, iaitu:
- tarian rampaian tradisional, dan
- kompang formasi

NAIB JOHAN, juga bagi dua acaram iaitu:
- koir, dan
- solo minus one lelaki
Solo minus one perempuan sekadar mendapat saguhati.

Dengan keputusan seperti di atas, maka SMKUJ dengan bergayanya dinobatkan sebagai JOHAN KESELURUHAN Pesta Musik Daerah Jelebu 2012. Syabas diucapkan pada para pemenang dan guru-guru pembimbing seperti Tn Hj Mohd Effendy, Cik Siti Nurbaya, En Fairul Azry dan Cik Norhaziana serta semua AJK. Sekarang!! Bersedia untuk pertandingan di peringkat negeri.

___________
oleh:
Fairul Azry Abdul Aziz,
SU Pesta Musik 2012

Wednesday, 28 March 2012

Karnival Bahasa Cina

Karnival Bahasa Cina peringkat daerah Jelebu telah diadakan di SMKUJ pada 28 Mac 2012. Pelbagai acara dipertandingkan, antaranya; kaligrafi, debat, bercerita dan lain-lain. Semua acara diadakan di bilik-bilik khas SMKUJ, seperti Makmal ICT 1, Makmal ICT 2, Bilik APD, Kelas 5 Dinamik, Bilik Sumber dan Dewan Karisma SMKUJ.


Karnival telah dirasmikan penutupannya oleh Tuan Haji Nor Hashim Othman, Pengetua Cemerlang SMKUJ. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.


Tahniah kepada semua pemenang.

* lagi gambar di FB rasmi SMKUJ

Tuesday, 20 March 2012

Kem Pecutan Kognitif Sains PMR dan SPM

Panitia Sains SMKUJ telah menganjurkan Kem Pecutan Kognitif Sains untuk calon-calon PMR dan SPM 2012 selama 2 hari, iaitu 19 dan 20 Mac 2012. Pelajar PMR telah mengikuti kem tersebut di Dewan Karisma SMKUJ, manakala pelajar SPM mengikuti kem tersebut di Makmal ICT 2. Beberapa sekolah lain turut menghantar pelajar mereka, yang turut meramaikan serta memeriahkan lagi kem terbabit. Moga para pelajar mendapat manafaat daripada kem tersebut.

* gambar, boleh dilihat di facebook rasmi SMKUJ

Friday, 24 February 2012

SMKUJ Pengelola Kejohanan Bola Tampar Peringkat Negeri 2012

Kejohanan Bola Tampar 2012 telah berjaya dikendalikan oleh SMK Undang Jelebu. Bertempat di Centre Court Paroi, Seremban, kejohanan berlangsung selama 3 hari, bermula pada 21 Februari hingga 23 Februari. 4 kategori dipertandingkan bagi sekolah menengah, iaitu L15, P 15, L 18 dan P 18, manakala 2 kategori dipertandingkan untuk sekolah rendah, iaitu L12 dan P 12. Sebanyak 7 zon menghantar wakil bagi setiap kategori, iaitu; Jelebu, Jempol, Seremban 1, Seremban 2, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Kejohanan Bola Tampar sekolah menengah ditutup oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Dato' Abdul Halim Abdul Razak pada 22 Februari 2012.

Tuan Pengarah sedang berucap

Kejohanan Bola Tampar sekolah rendah pula ditutup oleh Puan Hajah Rodiah Mohd Jan, Pegawai Pelajaran Daerah Jempol Jelebu pada 23 Fenruari 2012.

Puan Hajah Rodiah sedang berucap

Tahniah kepada semua pemenang. Tahniah juga kepada semua AJK pengelola kerana berjaya mengelola kejohanan tersebut dengan baik dan lancar.

Orang kuat kejohanan: Puan Rosnah Tabri (GPK Kokurikulum SMKUJ)
dan Puan Norazlin Mohd Noor (SU Sukan SMKUJ)