Pada hari sabtu, 24 Januari 2015, Puan Marzatul Marializa bersama Puan Norhayati binti Ishak telah mengadakan Khursus Kepimpinan Pengawas, PRS dan PSS. Puan Marzatul telah menjemput seorang penceramah iaitu Cikgu Man yang digelar Abe Long dan pembantu-pembantunya dalam program tersebut.
Pada jam 8:00 pagi, penceramah tiba di Dewan Karisma SMKUJ.Mereka telah membuat pelbagai jenis permainan dan pelbagai jenis aktiviti pada hari tersebut. Permulaan aktiviti di mulakan dengan senamrobik.
Aktiviti yang diadakan amat menguji minda para pelajar. Contoh aktiviti yang diadakan ialah aktiviti di luar dan di dalam dewan. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat pelajar-pelajar untuk bekerjasama antara satu sama lain.
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Saturday, 24 January 2015
Thursday, 15 January 2015
ORENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 2015
Pada awal persekolahan tahun 2015, pelajar-pelajar tingkatan 1 yang baru memasuki SMK Undang Jelebu telah mengikuti program orentasi di Dewan Karisma. Mereka diberikan taklimat daripada guru-guru tentang sekolah SMK Undang Jelebu. Pengetua juga turut memberikan beberapa ucapan kepada semua pelajar serta ibubapa yang hadir.Kaunselor-kaunselor yang terlibat ialah Puan Marzatul dan Puan Nurhayati.Slot bersama pentadbir sekolah adalah tentang mengenali Tuan Pengetua Cemerlang,GPK 1,GPK HEM dan GPK Kokurikulum.Selain itu,mereka juga diberitahu tentang taklimat mengenai disiplin yang diberikan oleh Encik Mohd Syukri.Seterusnya,Encik Wan Ali Akbar turut memberikan taklimat tentang makmal ICT kepada semua pelajar.
Selepas tamat waktu rehat, giliran Cik Norazizan pula yang memberikan taklimat berkenaan koperasi. Selepas Cik Norazizan selesai memberi taklimat, Puan Norasyikin memberi serba sikit maklumat tentang PSS. Kemudian, taklimat tentang SPBT diberikan oleh Pn. Salisah. Setelah selesai, Cik Chua pula menerangkan berkenaan PBS. Pada jam 11.50 telah diadakan upacara nyanyian lagu-lagu rasmi sekolah bersama Tn. Hj. Mohd Effendy. Selesai sahaja upacara itu berlangsung S/U Sukan iaitu En. Mohd Suhaimi memberikan taklimat kokurikulum tentang rumah sukan. Akhir sekali mensyuarat agung rumah sukan diadakan untuk semua pelajar SMKUJ.

Tuesday, 13 January 2015
Bantuan Khas Awal Persekolahan
Pada 13 Januari yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu telah mengadakan satu program khas untuk pelajar iaitu program Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP).Pada pukul 2 petang ibubapa pelajar dikehendaki datang sekolah untuk mengambil Bantuan Khas Awal Persekolahan.Sebelum itu, ibubapa dikehendaki mendengar taklimat yang diberikan oleh pengetua, Tuan Haji Nor Hashim Bin Haji Othman. Beliau memberi taklimat tentang Sarana sekolah dan Sarana ibubapa. Selepas itu, ibu bapa dikehendaki mengambil wang Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) di garaj mengikut tingkatan masing-masing.
Monday, 5 January 2015
PERMULAAN HARI PERSEKOLAHAN
Musim persekolahan sepatutnya bermula pada 5 Januari 2015. Disebabkan berlakunya banjir di kawasan Pantai Timur, KPM telah menundakan tarikh persekolahan dari 5 Januari 2015 ke 12 Januari 2015.
Pada 12 Januari 2015, iaitu hari pertama persekolahan, warga SMKUJ berkumpul di Dewan Karisma Sekolah untuk menjalankan perhimpunan rasmi sempena hari pertama persekolahan. Semua warga SMKUJ kelihatan ceria dan kemas dengan berpakaian serba baru. Perhimpunan rasmi dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Sembilan dan lagu Sekolah.
Semua pelajar menyanyikan lagu dengan penuh semangat. Kemudian cikgu Aziratul Syida memberi sedikit ucapan tentang semasa beliau berada di Korea.
Selepas itu, tiba masanya pengetua SMKUJ memberi ucapan. Beliau memberi taklimat berkenaan permulaan sekolah. Kemudian, pengetua diiringi oleh Puan Rosnah Binti Tabri menyampaikan sedikit bantuan merupakan wang ringgit kepada guru-guru yang menjadi mangsa banjir iaitu cikgu Nik Ahmad Zamir dan cikgu Norazizan Abdullah.
Wednesday, 31 December 2014
Pendaftaran Pelajar
Pendaftaran Pelajar 2015
Pada 31 Disember 2014. Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu telah mengadakan sesi pendafataran Pelajar 2015 terutamaya pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan. Pada sesi pendaftaran ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu telah menerima lebihi kurang seramai 126 orang pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan. Sesi pendaftaran ini berlangsung di dewan Karisma SMK Undang Jelebu. Ibu bapa juga turut hadir bagi mengiringi anak-anak mereka. Acara dimulakan dengam ucapan oleh Encik Johar Bin Abu mewakili kesemua warga SMK Undang Jelebu. Selepas ucapan, Pendaftaran pelajar dilangsungkan bermula dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 12.30 tengah hari.
Tuesday, 17 June 2014
Lawatan ke Mahkamah Syariah Negeri Sembilan
Pada 17 Jun 2014,
seramai 37 pelajar tingkatan 5 (8 pelajar terbaik dari kelima-lima kelas) dengan
diiringi oleh 3 guru telah melakukan lawatan ke Mahkamah Syariah Negeri
Sembilan. Bas bertolak pada jam 7.30 pagi daripada sekolah dan sampai di
mahkamah pada jam 9.00 pagi. Rombongan disambut oleh Tuan Suhaizad Saifuddin,
pegawai penyelidik syariah. Pelajar diberi makan pagi dan taklimat tentang
tatacara berdepan dengan hakim, sedikit selok-belok tentang sejarah
perkembangan mahkamah dan akta syariah serta kes-kes yang dikendalikan dan
dibawah bidang kuasa mahkamah syariah. Seterusnya, pelajar dipecahkan kepada 4
kumpulan dan dibawa masuk ke 4 mahkamah berbeza untuk melihat sendiri kes-kes
yang dikendalikan oleh mahkamah. Semua pelajar dikumpulkan semula pada jam
12.00 tengahari untuk sesi lawatan ke Bilik Sulh dan Galeri Mahkamah. Kemudian,
para pelajar dikumpulkan semula di bilik taklimat untuk soal jawab, kuiz dan
majlis penutup. Beberapa pelajar yang berjaya menjawab kuiz, diberikan
cenderahati oleh pihak mahkamah. Lawatan berakhir sekitar jam 1.30 petang dan
rombongan bertolak balik dan sampai di sekolah pada jam 3.00 petang.

Taklimat
disampaikan oleh Tuan Suhaizad

Lawatan ke
Galeri Mahkamah

Lawatan ke
Bilik Sulh

Pelajar
bertanya soalan

Pelajar
diberi cenderahati kerana menjawab kuiz

Ust Zool
(KP PI) menyampaikan cenderahati kepada pihak mahkamah

Rombongan
bergambar di depan mahkamah
Friday, 21 March 2014
SMKUJ & Kejohanan Balapan dan Padang MSSDJ 2014
SMKUJ telah diamanahkan untuk menjadi pengelola utama bagi Kejohanan Balapan dan Padang peringkat MSSD Jelebu 2014. Ia telah diadakan di SMK Pertang selama 4 hari, bermula 17 Mac hingga 20 Mac 2014. Pengelola bersama adalah SK Kuala Klawang dan MSSD Jelebu.
Peserta dibahagikan kepada 10 peringkat umur dan jantina, iaitu seperti berikut; L18, L15, L13, L12, L10 dan P18, P15, P13, P12, P10. Pelbagai acara dipertandingkan. SMKUJ berjaya meraih 27 Emas, 17 Perak dan 17 Gangsa sekaligus melayakkannya menerima gelaran Johan Keseluruhan Sekolah Menengah. Mohd Hafizie Erwinsyah dan Norfazira Ismail juga dinobatkan sebagai Peserta Terbaik L18 dan P18.
Perasmian penutup dihadiri oleh YB Jalaludin, ADUN Pertang. Ia turut diserikan dengan kehadiran Puan Hajah Rodiah, PPD Jempol Jelebu dan barisan dif kehormat yang lain. Tahniah kepada semua ajk yang berusaha menjayakan kejohanan ini. Tahniah juga kepada semua atlit kerana berjaya menaikkan nama SMKUJ di Jelebu.
Maklumat lanjut, sila layari http://mssdjelebu.blogspot.com/
Wednesday, 26 February 2014
Persidangan Majlis Pengetua Negeri Sembilan
Persidangan Majlis Pengetua Negeri Sembilan telah diadakan di Dewan Karisma SMKUJ dan Dewan Auditorium Pusat Penyelidikan Perikanan Glami Lemi, Jelebu pada 26 Februari 2014. Ia dikelola secara bersama oleh Majlis Pengetua Sekolah Menengah Negeri Sembilan dengan kerjasama PIBG SMKUJ.
Ia dimulakan pada jam 1.45 petang dengan ketibaan dan kehadiran semua pengetua atau wakil ke Dewan Karisma. Sekitar jam 2.00 petang, semua peserta persidangan dibawa ke Pusat Penyelidikan Perikanan, Glami Lemi. Ketua Pusat Penyelidikan Perikanan memberikan sedikit pengenalan tentang pusat di bawah jagaan beliau. Sekitar jam 3.00 petang, slot pertama diisi oleh Tuan Haji Nor Hashim, Pengetua Cemerlang SMKUJ, menceritakan tentang Sarana Ibu Bapa dan Sekolah. Ia berlangsung selama 15 minit. Pada jam 3.20 pula, slot kedua menyusul dan diisi oleh Tuan Haji Omar Ahmad, Pengetua SMK TTJ, Seremban.
Pada jam 3.30 petang, semua peserta dibawa pulang ke Dewan Karisma SMKUJ. Dif kehormat yang terdiri daripada YB Hj Zainuddin Ismail, Ahli Parlimen Jelebu tiba. Pelbagai persembahan disediakan oleh SEMUJA Dance Theatre. Majlis bersurai sekitar jam 5.30 petang.

Sunday, 26 January 2014
Gotong Royong Perdana Peringkat Sekolah
Pada 25 Januari 2014, bersempena hari persekolahan ganti, SMKUJ dengan kerjasama PIBG telah menganjurkan aktiviti Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah. Aktiviti tersebut meliputi keseluruhan sekolah, dari pagar hingga ke kawasan belakang sekolah dengan aktiviti keceriaan kelas menjadi keutamaan. Aktiviti bermula dengan perasmian yang disempurnakan oleh Encik Azmi, YDP PIBG SMKUJ. Gimik pelancaran pula disempurnakan oleh YDP PIBG dan Cikgu Norazman Mohd Amin, GPK HEM.
Aktiviti yang bermula pada jam 8.00 pagi ini berakhir sekitar jam 12.30 tghr sebelum semua pelajar, para guru dan ibu bapa yang hadir dijamu dengan makan tengahari. Semua warga SMKUJ bersurai sekitar jam 1.15 petang.

Tuesday, 21 January 2014
Majlis Penyerahan BKAP1M Daerah Jelebu 2014
Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan (BKAP1M) telah diadakan di Dewan Karisma SMKUJ pada 21 Januari 2014. Penyerahan disempurnakan oleh YB Haji Zainuddin Ismail, Ahli Parlimen Jelebu. Majlis bermula sekitar jam 2.30 ptg dengan bacaan doa oleh Ust Zool Hilmi. Ucapan aluan disempurnakan oleh Puan Hajah Rodiah Md Jan, PPD Jempol Jelebu dan disambung dengan ucapan perasmian oleh YB Zainuddin. Upacara penyerahan disempurnakan oleh YB dengan diiringi oleh Tuan PPD, Tuan Pengetua SMKUJ, YDP PIBG SMKUJ dan Tuan Ketua Polis Daerah kepada pelajar-pelajar SMKUJ dan sekolah-sekolah sekitar Jelebu. Majlis turut dihadiri oleh Pengetua-Pengetua dan Guru-guru Besar. Majlis bersurai sekitar jam 4.00 ptg.
Monday, 4 November 2013
Majlis Anugerah Akademik, HEM & Kokurikulum
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik, HEM dan Kokurikulum telah diadakan di Dataran Ilmu pada 4 November 2013. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran YDP dan barisan AJK PIBG sebagai dif kehormat. Dalam ucapannya perasmiannya, YDP menyebut tentang kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan pihak PIBG sentiasa dijaga bagi memastikan SMKUJ terus cemerlang di pelbagai peringkat.
Pelbagai anugerah telah disampaikan oleh Encik Azmi, YDP PIBG dan Puan Siti Rafeah selaku Timb YDP, antaranya; Anugerah Kedatangan Penuh, Anugerah Pelajar Berhemah Tinggi, Anugerah Pelajar Cemerlang PMR dan SPM, Anugerah Olahragawan dan Olahragawati. Selain itu, para guru juga turut tidak ketinggalan menerima anugerah, antaranya; Anugerah Buku Rekod Cemerlang, Anugerah Khas Kokurikulum dan lain-lain.
Dalam majlis yang sama, turut disampaikan hadiah Pertandingan Bowling yang telah dianjurkan oleh Kelab Staff. Johan bagi guru lelaki adalah Cikgu Nasir, manakala Cikgu Norazlin Md Noor telah dinobatkan sebagai Johan bagi guru perempuan. Keluarga Cikgu Nasir menunjukkan penguasaan mereka dengan memenangi 4 hadiah bagi kesemua acara.
Majlis ditamatkan dengan upacara Izin Restu pelajar SPM. Majlis bersurai pada jam 10.00 pagi.

Monday, 21 October 2013
SMKUJ wakili Delegasi Malaysia ke Festival Tari Dangkong ke 10, Indonesia
Seramai 16 orang peserta tari Semuja Dance Theatre telah mewakili
Malaysia untuk mempersembahkan tarian di Festival Tari Dang Kong yang ke-10 di
Lapangan Gloria, Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia pada 18-20 Okt 2013. Rombongan ini telah di ketuai oleh Tn Hj Mohamed Roduan b Ujang selaku Pegawai Daerah Jelebu dan juga telah disertai beberapa kakitangan SMK Undang Jelebu antaranya pengetua cemerlang, Tn Hj Nor Hashim b Hj Othman, GPK HEM En Norazman b Mohd Amin, Wakil JPNS En Mohd Amin, Wakil PIBG En Mohd Ruslan b Hassan, guru penasihat Tn Hj Mohd Effendy b Othman dan En Fairul Azry b Abd Aziz bersama Juru teknik En Bazrizan. Festival Tari
ini telah berlangsung selama dua malam dan disertai oleh 15 buah kumpulan dari
tiga buah Negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura. Festival ini bukan
sahaja mempamerkan keindahan seni tari dari Negara masing-masing, tapi juga
mengeratkan lagi hubungan serumpun bangsa melayu di bumi nusantara. Semuja
Dance Theatre telah mempersembahkan dua buah rampai tari iaitu Rentak Tingkah
Gemalai dan Gema Tari Negeri.
Thursday, 26 September 2013
Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat PMR & SPM
Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat PMR dan SPM telah diadakan pada 26 September 2013 di Surau SMKUJ. Majlis anjuran PIBG ini telah disertai oleh semua calon PMR dan SPM bersama ibu bapa masing-masing dan para guru serta kakitangan. Ia bermula pada jam 6.30 ptg melalui tayangan video yang diadakan di Surau. Selepas solat Maghrib, ucapan daripada YDP PIBG, Pengetua dan Cikgu Putra, PPD merangkap pegawai mesra SMKUJ telah disampaikan. Solat Hajat diadakan selepas Solat Isya'. Majlis bersurai sekitar jam 10.00 malam selepas semua tetamu diberi sedikit jamuan.
Wednesday, 4 September 2013
LDP: Gangguan Jin Terhadap Kehidupan Manusia
LDP bertajuk Gangguan Jin: Kesannya Terhadap Kehidupan Manusia telah diadakan di Surau SMKUJ pada 4 Sept 2013. Ia disampaikan oleh Ustaz Bukhari, pengamal perubatan Islam Akrine. Kursus ini dihadiri oleh para guru, dan turut disertai oleh Pengetua dan barisan pentadbir sekolah...
Saturday, 24 August 2013
Sambutan Hari Raya dan Perasmian Bulan Kemerdekaan
Cuti sekolah ganti sempena hari raya yang lepas telah dimanafaatkan oleh pihak sekolah dengan mengadakan Sambutan Hari Raya peringkat Sekolah. Serentak dengan itu, turut diadakan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah. Secara rasminya, ia diadakan pada 24 Ogos 2013 di Dataran Ukhwah, SMKUJ.
Seperti kebiasaan, para pelajar diberikan lot bagi kelas masing-masing. Mereka diberi masa lebih kurang 1-2jam untuk menghias lot mereka bagi mengalu-alukan kehadiran tetamu. Majlis bermula secara rasmi pada jam 9.30 pagi, dimulaikan dengan kata-kata aluan oleh Cikgu Noorazlina Kasim selaku Pengerusi Majlis. Ucapan pembukaan disempurnakan oleh tuan pengetua, manakala ucapan perasmian Bulan Kemerdekaan diucapkan oleh Encik Putra Hashim, pegawai mesra SMKUJ merangkap penolong pegawai PPDJJ. Simbolik perasmian Bulan Kemerdekaan turut disempurnakan oleh beliau dengan menyerahkan bendera Malaysia kepada pengetua SMKUJ.
Beberapa hadiah cabutan bertuah turut dicabut dan disampaikan kepada para guru dan pelajar. Selain itu, beberapa anugerah seperti Anugerah Gerai Tercantik, Anugerah Pakaian Terbaik, Anugerah Suara Terbaik dan lain-lain turut disampaikan setelah diadili oleh dua juri profesional, iaitu; Puan Noor Fauziah binti Rhan dan Puan Siti.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran para tetamu jemputan, antaranya, YDP PIBG dan AJK-AJKnya. Encik Shamsulkamal, bekas pegawai mesra SMKUJ merangkap kaunselor PPDJJ turut hadir. Alunan nyanyian lagu-lagu raya turut menggamit suasana.
Majlis bersurai sekitar jam 1.00 petang.
Friday, 2 August 2013
Majlis Penutup Madrasah Ramadhan
Madrasah Ramadhan telah bermula pada 1 Ramadhan 2013. Beberapa program berbentuk kerohanian telah diadakan pada tahun ini, antaranya; Tadarus dan Khatam al-Quran, Solat Terawikh dan Iftar Geng Surau, Pertandingan Esei Jawi dan lain-lain. Sambutan dari kalangan pelajar sangat menggalakkan.
Majlis penutup diadakan bermula dari pagi lagi. Ia bermula dengan majlis Khatam al-Quran di Surau SMKUJ. Ia hanya melibatkan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program Tadarus. Pada pukul 10 pagi, program penutupan rasmi bermula. Sumbangan berbentuk baju hari raya diberikan kepada beberapa pelajar miskin. Ia bagi berkongsi kemeriahan dan kegembiraan umat Islam dalam menyambut hari raya. Selain itu, hadiah bagi Pertandingan Esei Jawi turut disampaikan oleh Tuan Haji Nor Hashim Othman, Pengetua Cemerlang SMKUJ.
Majlis diakhiri dengan upacara bersalam-salaman antara semua guru dan pelajar, tanpa mengira agama dan bangsa. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Untuk semua pelajar dan warga SMKUJ, selamat hari raya diucapkan.
Taqabbalahhu minna waminkum taqabbal ya Karim.

Wednesday, 17 July 2013
PERTANDINGAN OLIMPIAD MATEMATIK KEBANGSAAN
SMKUJ telah menghantar satu pasukan bagi kategori sulung (17-18 tahun) ke Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan yang telah berlangsung pada 13 Julai 2013 di Universiti Teknikal Melaka (UTeM). Ini merupakan penyertaan sekolah untuk kali kedua.Peserta yang terlibat pada kali ini ialah:
1. Theyvane a/p Kannan
2. Norainanadirah bt Mohd Sharif
3. Aida Syaleeza bt Shauddin
4. Nurul Ajla bt Saripudin
Penyertaan mereka kali ini adalah bersama guru pengiring, En Fairul Azry b Abd Aziz.
Segala keputusan bagi pertandingan ini akan diketahui kelak. Moga berjaya untuk mereka..

Friday, 5 July 2013
Ceramah Pra-Ramadhan
Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Ceramah Pra-Ramadhan sebagai persediaan menyambut kedatangan Ramadhan yang dijangka bermula pada 10 Julai 2013. Ceramah yang pertama kali diadakan di Surau SMKUJ selepas siap pengubahsuaian itu, diadakan pada 5 Julai 2013. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Malik, pensyarah IPRM. Ceramah beliau berjaya menarik perhatian seramai 300-400 pelajar Islam yang terhibur dengan nyanyian yang diselitkan dalam penyampaian beliau. Cenderamata disampaikan oleh Puan Rosnah Tabri, GPK Kokurikulum.
Sementara itu, pelajar bukan Islam pula berkumpul di Makmal ICT 2 untuk menonton satu filem berkenaan dengan kejadian tsunami di Cina. Kisah benar yang dipapar sarat dengan pengajaran yang boleh diambil oleh pelajar.
Program selesai pada jam 9.30 pagi. Para guru dijamu dengan pelbagai juadah yang dibawa sendiri oleh mereka di kantin. Para pelajar pula dibenarkan rehat sebelum proses PdP disambung semula.
Wednesday, 3 July 2013
Bengkel Teknik Menjawab PMR dan SPM
Bengkel Teknik Menjawab Sejarah PMR dan SPM telah dianjurkan oleh Panitia Sejarah SMKUJ untuk semua calon PMR dan SPM 2013 pada 3 Julai 2013. Terdapat 3 penceramah berpengalaman telah dijemput untuk memberikan pendedahan tentang cara menjawab Sejarah mengikut format PMR dan SPM. Pelajar Tingkatan 3 diberi pendedahan pada waktu pagi di Dewan Karisma, manakala pelajar Tingkatan 5 pula dibahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama mendengar ceramah di Dewan Karisma, manakala kumpulan kedua pula mendengar ceramah di Makmal ICT. Cenderamata disampaikan oleh Tuan Haji Nor Hashim dan Puan Noor Fauziah binti Rhan kepada semua penceramah. Moga para pelajar mendapat manafaat daripada program ini dan seterusnya menghasilkan keputusan memberangsangkan dalam peperiksaan yang akan dihadapi tidak lama lagi.
Saturday, 29 June 2013
Majlis Sambutan Pra-Hari Keluarga Kakitangan SMKUJ
Majlis Sambutan Pra-Hari Keluarga anjuran Kelab Staff SMKUJ yang diketuai oleh Cikgu Norazlin Mohd Nor dan timbalannya Cikgu Zulkifly Abd Ghany telah berjaya diadakan di Kolam Kampai pada 29 Jun 2013. Kedatangan yang agak memberangsangkan daripada seluruh warga kakitangan SMKUJ beserta ahli keluarga maisng-masing berjaya menambah kemeriahan aktiviti tersebut. Beberapa program telah berjaya dijayakan, antaranya; Pertandingan Memancing, Pertandingan Mewarna bagi anak-anak, BBQ Ayam, Pertandingan Karaoke, potluck dan makan serta minum. Tuan Pengetua Haji Nor Hashim berjaya menjuarai Pertandingan Memancing, manakala Cikgu Effendy Othman berjaya menjadi johan Pertandingan Karaoke. CIkgu Ruzaini pula adalah cikgu yang paling bertuah apabila berjaya membawa pulang TV LCD yang merupakan hadiah cabutan bertuah utama. Aktiviti ini turut ditaja oleh PIBG. Tahniah kepada semua pemenang. Jumpa dalam Hari Keluarga di Melaka nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)