Saturday 24 January 2015

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS, PRS DAN PSS

Pada hari sabtu, 24 Januari 2015, Puan Marzatul Marializa bersama Puan Norhayati binti Ishak telah mengadakan Khursus Kepimpinan Pengawas, PRS dan PSS. Puan Marzatul telah menjemput seorang penceramah iaitu Cikgu Man yang digelar Abe Long dan pembantu-pembantunya dalam program tersebut.


Pada jam 8:00 pagi, penceramah tiba di Dewan Karisma SMKUJ.Mereka telah membuat pelbagai jenis permainan dan pelbagai jenis aktiviti pada hari tersebut. Permulaan aktiviti di mulakan dengan senamrobik.

Aktiviti yang diadakan amat menguji minda para pelajar. Contoh aktiviti yang diadakan ialah aktiviti di luar dan di dalam dewan. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat pelajar-pelajar untuk bekerjasama antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment