Friday 5 July 2013

Ceramah Pra-Ramadhan


Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Ceramah Pra-Ramadhan sebagai persediaan menyambut kedatangan Ramadhan yang dijangka bermula pada 10 Julai 2013. Ceramah yang pertama kali diadakan di Surau SMKUJ selepas siap pengubahsuaian itu, diadakan pada 5 Julai 2013. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Malik, pensyarah IPRM. Ceramah beliau berjaya menarik perhatian seramai 300-400 pelajar Islam yang terhibur dengan nyanyian yang diselitkan dalam penyampaian beliau. Cenderamata disampaikan oleh Puan Rosnah Tabri, GPK Kokurikulum.

Sementara itu, pelajar bukan Islam pula berkumpul di Makmal ICT 2 untuk menonton satu filem berkenaan dengan kejadian tsunami di Cina. Kisah benar yang dipapar sarat dengan pengajaran yang boleh diambil oleh pelajar.


Program selesai pada jam 9.30 pagi. Para guru dijamu dengan pelbagai juadah yang dibawa sendiri oleh mereka di kantin. Para pelajar pula dibenarkan rehat sebelum proses PdP disambung semula.

No comments:

Post a Comment