Saturday 24 August 2013

Sambutan Hari Raya dan Perasmian Bulan Kemerdekaan


 Cuti sekolah ganti sempena hari raya yang lepas telah dimanafaatkan oleh pihak sekolah dengan mengadakan Sambutan Hari Raya peringkat Sekolah. Serentak dengan itu, turut diadakan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah. Secara rasminya, ia diadakan pada 24 Ogos 2013 di Dataran Ukhwah, SMKUJ.

Seperti kebiasaan, para pelajar diberikan lot bagi kelas masing-masing. Mereka diberi masa lebih kurang 1-2jam untuk menghias lot mereka bagi mengalu-alukan kehadiran tetamu. Majlis bermula secara rasmi pada jam 9.30 pagi, dimulaikan dengan kata-kata aluan oleh Cikgu Noorazlina Kasim selaku Pengerusi Majlis. Ucapan pembukaan disempurnakan oleh tuan pengetua, manakala ucapan perasmian Bulan Kemerdekaan diucapkan oleh Encik Putra Hashim, pegawai mesra SMKUJ merangkap penolong pegawai PPDJJ. Simbolik perasmian Bulan Kemerdekaan turut disempurnakan oleh beliau dengan menyerahkan bendera Malaysia kepada pengetua SMKUJ.

Beberapa hadiah cabutan bertuah turut dicabut dan disampaikan kepada para guru dan pelajar. Selain itu, beberapa anugerah seperti Anugerah Gerai Tercantik, Anugerah Pakaian Terbaik, Anugerah Suara Terbaik dan lain-lain turut disampaikan setelah diadili oleh dua juri profesional, iaitu; Puan Noor Fauziah binti Rhan dan Puan Siti.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran para tetamu jemputan, antaranya, YDP PIBG dan AJK-AJKnya. Encik Shamsulkamal, bekas pegawai mesra SMKUJ merangkap kaunselor PPDJJ turut hadir. Alunan nyanyian lagu-lagu raya turut menggamit suasana.

Majlis bersurai sekitar jam 1.00 petang.


No comments:

Post a Comment