Wednesday 3 July 2013

Bengkel Teknik Menjawab PMR dan SPM


Bengkel Teknik Menjawab Sejarah PMR dan SPM telah dianjurkan oleh Panitia Sejarah SMKUJ untuk semua calon PMR dan SPM 2013 pada 3 Julai 2013. Terdapat 3 penceramah berpengalaman telah dijemput untuk memberikan pendedahan tentang cara menjawab Sejarah mengikut format PMR dan SPM. Pelajar Tingkatan 3 diberi pendedahan pada waktu pagi di Dewan Karisma, manakala pelajar Tingkatan 5 pula dibahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama mendengar ceramah di Dewan Karisma, manakala kumpulan kedua pula mendengar ceramah di Makmal ICT. Cenderamata disampaikan oleh Tuan Haji Nor Hashim dan Puan Noor Fauziah binti Rhan kepada semua penceramah. Moga para pelajar mendapat manafaat daripada program ini dan seterusnya menghasilkan keputusan memberangsangkan dalam peperiksaan yang akan dihadapi tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment