Monday 21 October 2013

SMKUJ wakili Delegasi Malaysia ke Festival Tari Dangkong ke 10, Indonesia



Seramai 16 orang peserta tari Semuja Dance Theatre telah mewakili Malaysia untuk mempersembahkan tarian di Festival Tari Dang Kong yang ke-10 di Lapangan Gloria, Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia pada 18-20 Okt 2013. Rombongan ini telah di ketuai oleh Tn Hj Mohamed Roduan b Ujang selaku Pegawai  Daerah Jelebu dan juga telah disertai beberapa kakitangan SMK Undang Jelebu antaranya pengetua cemerlang, Tn Hj Nor Hashim b Hj Othman, GPK HEM En Norazman b Mohd Amin, Wakil JPNS  En Mohd Amin, Wakil PIBG En Mohd Ruslan  b Hassan, guru penasihat Tn Hj Mohd Effendy b Othman dan En Fairul Azry b Abd Aziz bersama Juru teknik En Bazrizan.  Festival Tari ini telah berlangsung selama dua malam dan disertai oleh 15 buah kumpulan dari tiga buah Negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura. Festival ini bukan sahaja mempamerkan keindahan seni tari dari Negara masing-masing, tapi juga mengeratkan lagi hubungan serumpun bangsa melayu di bumi nusantara. Semuja Dance Theatre telah mempersembahkan dua buah rampai tari iaitu Rentak Tingkah Gemalai dan Gema Tari Negeri.

No comments:

Post a Comment