Friday 29 November 2013

IMBaKUP


IMBaKUP adalah inovasi berbentuk modul susunan Cikgu Mohd Nasir Ibrahim. Beliau merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu yang berpengalaman luas dalam pengajaran BM. Beliau turut menjadi rujukan guru-guru BM yang lain.

IMBaKUP adalah akronim kepada Idea - Mengapa - Bagaimana - Kesan - Ungkapan menarik / Kata tokoh / Peribahasa - Penegasan. Ia adalah teknik menyusun idea dan isi supaya karangan dapat disampaikan dengan lebih menarik dan tersusun. Isi utama dan isi sampingan juga dapat dijelaskan dengan baik.

IMBaKUP terbukti berkesan sejak sekian lama. Ia sentiasa melalui proses penambahbaikan oleh penyusun asalnya, Cikgu Mohd Nasir Ibrahim. Kini, ia telah diterbitkan dua kali dan digunapakai oleh guru-guru BM di seluruh Malaysia. Ia turut memudahkan pelajar belajar dan menyusun karangan dengan baik.

Tahniah kepada Cikgu Nasir. Moga usaha murni beliau menjadi saham akhirat yang berpanjangan untuknya, insya'Allah. Untuk makluman lanjut mengenai kaedah IMBaKUP, sila layari blog rasmi Cikgu Nasir di http://bahasamelayupmrspm.blogspot.com/ atau http://mnasirbm.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment