Thursday 26 December 2013

Terima kasih Cikgu Safwan dan Cikgu Ruzaini, Selamat Datang Cikgu Rosnah dan Cikgu Hayati

Menjelang sesi persekolahan 2014, SMKUJ mengalami sedikit perubahan kakitangan akademik. Bilangan guru berjumlah 50 orang masih dikekalkan, namun terdapat sedikit pertukaran guru.

Cikgu Mohd Safwan Azizul dan Cikgu Mohd Ruzaini Rahim akan bertukar ke negeri berdekatan dengan isteri masing-masing. Cikgu Safwan berpindah ke Yik, Kedah, manakala Cikgu Ruzaini berpindah ke Pekan, Pahang.

Kedua-duanya mempunyai jasa yang besar sepanjang perkhidmatan mereka selama 3 tahun di SMKUJ. Cikgu Safwan merupakan pengemudi utama bagi Kadet Korektional dan membawa pasukan tersebut sehingga ke peringkat kebangsaan. Selain itu, beliau juga merupakan penolong jurulatih kepada Pasukan Olahraga SMKUJ dan berjaya menempa nama sehingga ke peringkat kebangsaan dan kejohanan terbuka di peringkat antarabangsa. Banyak lagi tugasan lain yang dipegang beliau dengan jayanya.

Cikgu Ruzaini pula, mengambil alih cabaran yang berat daripada Cikgu Siti Zaharah, Guru Cemerlang Geografi. Pencapaian Geografi yang sangat cemerlang yang dicapai oleh Cikgu Siti Zaharah agak sukar untuk dikekalkan oleh Cikgu Ruzaini. Dengan keadaan latar belakang beliau yang bukan opsyen Geografi, dan sebagai guru novis, beliau berjaya membuktikan kecemerlangannya apabila bukan sahaja berjaya mengekalkan pencapaian cemerlang Geografi, bahkan meningkatkannya lagi. Selain itu, jasanya di belakang tabir sebagai guru yang bertanggugjawab dalam hal berkaitan PA Sistem juga ditagih oleh semua program. Terkenal sebagai seorang yang ringan tulang, beliau juga berjaya beberapa kali mengadakan Karnival Kesihatan Gigi dengan kerjasama Pusat Kesihatan Jelebu.

Terlalu banyak jasa mereka berdua jika ingin disenaraikan satu persatu. SMKUJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka berdua. Moga kecemerlangan mereka berdua diteruskan di sekolah baru mereka.

SMKUJ turut menerima dua guru baru yang bertukar ke SMKUJ, iaitu; Cikgu Rosnah Abdullah dan Cikgu Hayati. Cikgu Rosnah adalah guru Fizik, manakala Cikgu Hayati adalah guru BM. Selamat datang kepada mereka berdua. Moga dapat meneruskan kecemerlangan di sekolah lama mereka di SMKUJ.

No comments:

Post a Comment