Situasi 1 Pada satu hari, di waktu rehat, perbualan berlaku antara Ahmad dan Ali di kantin. | ||
Ahmad Ali Ahmad Ali Ahmad Ali | : Assalamualaikum... Ali, termenung panjang nampak? : Waalaikumussalam… Oh! Ahmad. Sebenarnya tadi saya terbaca terjemahan Surah ‘Abasa. : Apa yang diceritakan dalam surah tersebut? : Dalam surah tersebut, Allah menegur Nabi Muhammad s.a.w. Ketika itu baginda sedang berdakwah kepada pembesar Quraisy. Datang seorang lelaki buta bertanyakan kisah mengenai hari kiamat. Nabi tidak melayan pertanyaan tersebut, sebaliknya sibuk melayan pembesar Quraisy tadi. : Oh! Jadi, mengapa? Apa yang kamu fikirkan? : Persoalan yang saya sedang fikirkan ialah, bukankah para nabi itu maksum? Kenapa pula baginda ditegur oleh Allah? Adakah dia sebagai nabi dan rasul juga ada melakukan kesilapan? | |
Pada pendapat kamu, adakah nabi sebagai rasul langsung tidak melakukan kesilapan? Justifikasikan sebab kamu menyatakan sedemikian. | ||
Situasi 2 Di rumah, Umar berbual dengan ayahnya ketika minum petang. | ||
Ayah Umar Ayah Umar Ayah Umar Ayah Umar Ayah Umar | : Umar, apa yang kamu belajar hari ini di sekolah? : Hari ini, saya belajar tentang konsep kenabian. : Adakah kamu faham semua yang kamu pelajari? : Ya ayah. Tapi, ada sedikit kemusykilan yang saya tidak faham. : Berkenaan dengan apa? : Begini. Ustaz menerangkan bahawa nabi itu mesti datang dari kalangan manusia. Masalahnya, kalau nabi datang dari kalangan manusia, bukankah orang akan susah percaya kepada kenabian mereka? : Apa maksud kamu? : Kalau nabi dilantik dari kalangan malaikat, bukankah orang akan lebih percaya kepada kenabiannya? Kerana, malaikat mempunyai sifat-sifat yang luar biasa berbanding manusia. Mereka boleh merupa, boleh terbang, mempunyai sifat fizikal yang lebih hebat daripada manusia dan sebagainya. : Bukankah para nabi mempunyai mukjizat untuk membuktikan kenabian mereka? Tidakkah mukjizat itu sudah cukup untuk membuktikan kenabian mereka? : Tapi, kebanyakan kisah yang saya dengar, apabila para nabi menunjukkan mukjizat, kebanyakan umat mereka menganggap mereka sebagai ahli sihir. Kalau nabi itu dilantik dari kalangan malaikat, bukankah manusia akan lebih mudah menerima? | |
Pada pendapat kamu, kenapa rasul atau nabi dilantik dari kalangan manusia? Bukannya ada makhluk lain yang lebih hebat seperti malaikat dan jin. |
Monday, 27 February 2012
Pendidikan Islam Tingkatan 3: Beriman kepada Rasul
BBM ini digunakan oleh guru untuk menimbulkan persoalan di kalangan pelajar melalui Kaedah Inkuiri. Novel mendapat pengiktirafan daripada Prof Dr Rosnani Hashim, pakar inkuiri Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment