Satu tabung telah dilancarkan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial JPNNS bagi mengutip sumbangan untuk
CIKGU NURUL RADIAH BINTI MOHD KAMIL
dari SK SENDAYAN
yang kini sedang menjalani rawatan bagi menyembuhkan SAKIT KANSER OTAK TAHAP 2.
Sebanyak RM140,000 diperlukan untuk 4 kali pembedahan. Beliau kini bernafas melalui lubang yang ditebuk di lehernya. Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada:
CIMB BANK: 05060027505056 atas nama
KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL, JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN
Sebarang sumbangan yang diberikan, perlu dimaklumkan kepada
ENCIK ROSLEE AHMAD dari Sektor Psikologi dan Kaunseling
dan dihubungi melalui talian 06-7653153 atau 019-6238082.
Friday, 26 April 2013
SMKUJ Johan Debat Bahasa Inggeris
Karnival Bahasa Inggeris peringkat daerah Jelebu telah dilangsungkan di SMKUJ pada 25 April 2013. Sebanyak 3 pertandingan yang dipertandingkan, iaitu; Choral Speaking, Public Speaking dan Debate. 2 tempat digunakan, iaitu; Dewan Karisma dan Makmal ICT 2. Kesemua 7 sekolah menghantar pasukan terbaik mereka untuk merebut gelaran johan bagi setiap pertandingan.
Acara kemuncak yang diadakan di Dewan Karisma menyaksikan pertembungan debat antara SMKUJ dan SMK DUMA. Pertandingan dimeriahkan lagi dengan kehadiran VIP, iaitu; Dato' Yunus Rahmat, Puan Hajah Rodiah, YDP PIBG SMKUJ dan Pengetua SMKUJ.
Acara penutup bermula pada 1.30 petang dimulakan dengan persembahan oleh Pasukan Bicara Berirama SMKUJ yang akan mewakili Jelebu ke peringkat negeri. Ucapan aluan disempurnakan oleh Puan Hajah Rodiah, PPDJJ. Perasmian Penutup disempurnakan oleh Dato' Yunus Rahmat.
Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Dato' Yunus dengan diiringi oleh Puan Hajah Rodiah dan Puan Noor Fauziah binti Rhan. SMKUJ berjaya merangkul gelaran JOHAN bagi DEBATE mengalahkan SMK DUMA. Theyvane a/p Kannan turut dinobatkan sebagai PENDEBAT TERBAIK. Selain itu, Siti Roslina yang mewakili SMKUJ bagi Public Speaking, turut berjaya mendapat TEMPAT KETIGA. Pasukan Choral Speaking juga mendapat TEMPAT KETIGA. Tahniah kepada semua pemenang.
Cenderamata penghargaan disampaikan kepada Dato' Yunus oleh Puan Hajah Rodiah. Selain itu, cenderamata daripada pihak sekolah disampaikan kepada Puan Hajah Rodiah oleh Puan Fauziah binti Rhan. Majlis diakhiri dengan persembahan oleh Johan Choral Speaking.
Wednesday, 24 April 2013
SMKUJ Johan Bicara Berirama
Pertandingan Bicara Berirama peringkat daerah Jelebu telah diadakan pada 24 April 2013 di SMK Dato' Undang Syed Ali al-Jufri. SMKUJ telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada barisan pelajar lelaki. Alhamdulillah, mereka berjaya menjadi JOHAN buat tahun kedua berturut-turut. Ia mengesahkan tiket mereka untuk mewakili Jelebu ke peringkat negeri. Mereka turut berjaya menggondol ANUGERAH SKRIP TERBAIK dan ANUGERAH KONDUKTOR TERBAIK. Latihan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh barisan guru yang diketuai oleh Cikgu Mohd Effendy Othman, Cikgu Fairul Azry dan Cikgu Siti Nurbaya serta diiringi oleh Cikgu Mohd Syukri telah membuahkan hasilnya. Moga berjaya meneruskan kemaraan di peringkat negeri.
Tuesday, 23 April 2013
Cikgu Noorazlina Kasim, SU PIBG yang baru
Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 28 Februari 2013. Melalui mesyuarat tersebut, beberapa ibu bapa telah dipilih untuk mewakili ibu bapa sebagai AJK PIBG bagi tahun 2013-2015. Manakala, AJK dari kalangan guru pula telah dilantik oleh pihak pentadbir sekolah. Sehubungan itu, beberapa rombakan telah dilakukan. Ia turut melibatkan jawatan utama seperti Naib Yang Dipertua, SU Kehormat dan Bendahari Kehormat. Berikut adalah senarai AJK PIBG yang baru.
Ex-Officio
Tn Hj Nor Hashim Othman
Yang DiPertua
En Mohamad Azmi Abdul Aziz
Naib Yang DiPertua
Puan Siti Rafeah Md Karit
Setiausaha Kehormat
Puan Noorazlina Kasim
Bendahari Kehormat
Puan Farhana Mohd Idris
Ahli Jawatankuasa
Puan Rusla Ariffin
En Amran Abd Kalam
Puan Zalina Abdul Wahid
Puan Zalina Abdul Wahid
En Zakaria Rahim
En Zulkify Ab Ghany
Puan Marzatul Marializa Noruddin
En Gan Ah Kok
En Asang Chahim
Puan Napsiah Sameon
Pemeriksa Kira-Kira
Mohd Syukri Muklas
Puan Faridah Yahya
Semoga barisan AJK yang baru ini berjaya membawa dan membantu SMKUJ melonjak ke arah yang lebih baik.
Thursday, 18 April 2013
Rohafairiz Cemerlang di Kejohanan Sepak Takraw Negeri
Serentak dengan Kejohanan Bola Sepak, Kejohanan Sepak Takraw MSSMNS Peringkat Negeri turut berlangsung di Centre Court, Paroi. Pasuka Jelebu b15 berjaya mendapat TEMPAT KETIGA. Barisan pemain sepak takraw Jelebu turut diwakili oleh pelajar SMKUJ, iaitu Rohafairiz Rosman. Tahniah kepada pemenang dan penyumbang pingat.
Kejohanan Bola Sepak MSSMNS berjalan lancar
Kejohanan Bola Sepak Peringkat Negeri MSSMNS telah berlangsung di Jelebu. SMKUJ telah diberi kepercayaan untuk menjadi pengelola utama. Sebanyak 6 padang digunakan, antaranya; Padang MRSM, Padang KVKK, Padang Awam Triang, Padang SK Pasoh dan Mini Stadium Klawang sebagai padang utama. Kesemua daerah dan Sekolah Sukan Zaaba menghantar pasukan terbaik mereka untuk merebut gelaran johan bagi 3 peringkat yang dipertandingkan, iaitu; b12, b15 dan b18.
Kejohanan berlangsung selama 3 hari bermula 16 April hingga 18 April. Ia berjalan dengan lancar. Walaupun ada sedikit insiden-insiden kecil, namun ia berada di bawah kawalan di bawah kelolaan pihak pengelola dan dibantu oleh pengadil profesional. Kejohanan ini menyaksikan SSN Zaaba berjaya menjadi johan b18 dan Seremban 1 johan bagi b15. Jelebu sekadar terpaksa berpuas hati mendapat tempat kedua bagi b12.
Perasmian penutup telah diadakan di Stadium Mini Klawang. Ia dihadiri oleh wakil pengarah, PPDJJ dan beberapa dif kehormat. Tahniah kepada semua pemenang.
Puisi Terbaik milik SMKUJ!!
Pertandingan Puisi dan Lagu Sekolah-sekolah Menengah peringkat daerah Jelebu telah berlangsung di SMK DUMA pada 18 April 2013. SMKUJ telah menghantar Pasukan Sayembara dan Puisi untuk mempertahankan kejuaraan lepas. Walaupun gagal, namun SMKUJ masih berjaya mendapat TEMPAT KETIGA serta berjaya meraih gelaran PUISI TERBAIK. Tahniah kepada pasukan.
Saturday, 13 April 2013
LDP 6: NLP Power of Mind
Pada 13 April 2013, di Makmal ICT 2 SMKUJ, telah berlangsung latihan khusus untuk guru-guru SMKUJ. Program yang dianjurkan secara bersama oleh SMKUJ dan Pusat Pemantapan Akidah itu bertajuk NLP: Power of Mind. Penceramahnya adalah Dr Azhar Sharif adalah Certified Hypnotherapist (USA),Master Trainer NLP dan Pengasas spiritual NLP yang hebat dan terkenal. Ia bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang. Pelbagai pendedahan tentang teknik komunikasi berkesan dan kaedah untuk mempengaruhi orang diajarkan. Ia sangat baik, terutama untuk komunikasi antara guru dan pelajar serta ibu bapa. Kursus ini turut dihadiri oleh guru-guru dari 4 buah sekolah tahfiz dari Seremban. Terima kasih Pusat Pemantapan Akidah Jelebu kerana sudi menaja kos makanan dan kos konsultansi.
Friday, 12 April 2013
Atlit Olahraga SMKUJ menyerlah di MSSNS
Kejohanan Balapan dan Padang peringkat Negeri Sembilan (MSSNS) 2013 telah diadakan di Sekolah Sukan Za'ba, Kuala Pilah. Seramai 21 atlit dari SMKUJ telah dihantar bagi menyertai barisan kontinjen dari Jelebu. Keputusannya, sebanyak 1 emas, 5 perak, 3 gangsa telah disumbangkan oleh atlit SMKUJ bagi keseluruhan 1 emas, 7 perak, 9 gangsa yang diperolehi oleh kontinjen Jelebu. Barisan atlit yang menyumbang pingat adalah seperti berikut:
- Nurulbila p18- perak 1500m, perak 800m,ke-5 3000m
- Mohd Hafizie Erwishah l15 - perak 1500m, perak 800m, emas 4x400m, gangsa 400m
- Mohd Riezman Ahmad Suhaimi l15- gangsa quatathlon, emas 4x400m
- Siti Musliha - perak lempar cakera p15
- Nurul Natasha p13- perak 800m
Mereka semua dibimbing oleh jurulatih yang berkaliber, Cikgu Mohd Suhaimi Muda dan Cikgu Safwan Azizul. Turut mengiringi, Cikgu Norazizan Abdullah.
- Nurulbila p18- perak 1500m, perak 800m,ke-5 3000m
- Mohd Hafizie Erwishah l15 - perak 1500m, perak 800m, emas 4x400m, gangsa 400m
- Mohd Riezman Ahmad Suhaimi l15- gangsa quatathlon, emas 4x400m
- Siti Musliha - perak lempar cakera p15
- Nurul Natasha p13- perak 800m
Mereka semua dibimbing oleh jurulatih yang berkaliber, Cikgu Mohd Suhaimi Muda dan Cikgu Safwan Azizul. Turut mengiringi, Cikgu Norazizan Abdullah.
Saturday, 6 April 2013
Nasyid Johan lagi!!!
Majlis Tadarus al-Quran (MTAQ) peringkat daerah Jelebu telah berlangsung selama sehari pada 6 April di SMK Triang Hilir dan SMADATA. SMKUJ telah menghantar satu pasukan pelajar yang diketuai oleh Ustaz Zool Hilmi Suhaimi untuk menyertai beberapa pertandingan yang dipertandingkan. Antara pertandingan yang disertai adalah; Pertandingan Syarahan, Pertandingan Hafazan, Pertandingan Tilawah al-Quran dan Pertandingan Nasyid. Alhamdulillah, pasukan AN-NUR ZA'FARAN berjaya membuktikan penguasaannya dalam bidang nasyid di Jelebu apabila berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut dan sekaligus membawa balik kembali piala pusingan JOHAN nasyid. Menurut kebiasaan, jika sebuah pasukan memenangi sesuatu piala untuk tiga kali berturut-turut, maka piala tersebut akan menjadi milik pasukan tersebut. Maka, dengan menjadi Johan buat kali ketiga ini melayakkan SMKUJ untuk menyimpan Piala Pusingan dalam simpanannya di sekolah dan tidak perlu dikembalikan lagi. Pihak penganjur akan menempah piala lain untuk pertandingan yang akan datang.
Hadiah disampaikan oleh Tuan Wazir Hamzah, Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNNS.Tahniah kepada semua ahli pasukan nasyid dan jurulatih serta pengurus yang tidak mengenal penat lelah untuk berlatih. Usaha yang keras yang disusuli dengan kejayaan akan menjadi sangat manis, lebih-lebih lagi apabila disulami dengan ikatan ukhuwwah yang sejati.
Atlit Olahraga SMKUJ menyerlah di peringkat kebangsaan!!
Kejohanan Pembangunan Atlit Olahraga Bawah 15 telah diadakan pada 6 April 2013 di Stadium MSN Bukit Jalil. Kejohanan ini adalah kejohanan terbuka peringkat kebangsaan. SMKUJ telah menghantar beberapa atilit pelapis olahraga untuk pendedahan mereka serta menilai tahap mereka. Beberapa acara telah disertai. Alhamdulillah, beberapa pingat berjaya diraih, antaranya:
- Kuartet 4 x 400m L15: Pingat EMAS
(dibarisi oleh Hafizie, Arrahmanuddin, Vikneswaran & Riezman)
- Kuartet 4 x 400m P15: Pingat EMAS
(dibarisi oleh Natasha, Saidatul Ain, Hanisah & Siti Nur Maziana)
Selain itu, seorang atlit, iaitu Hafizie Erwinsyah berjaya membuat rekod peribadi dengan mengatasi had kelayakan dalam acara 800m iaitu dengan catatan masa 2:15:80. Beliau kemungkinan akan mewakili Negeri Sembilan jika tiada atlit lain yang berjaya mengatasi masa yang dicatatkannya dalam Kejohanan Olahraga MSSNS pada minggu depan.
Tahniah kepada semua yang berjaya. Tahniah juga kepada jurulatih yang telribat yang diketuai oleh Cikgu Suhaimi Muda. Tahniah kepada semua.
Friday, 5 April 2013
SMKUJ Terbilang!!!
Hari ini, SMKUJ telah dilawati oleh beberapa orang pegawai dari Jemaah Nazir. Mereka datang seawal jam 7.00 pagi dan balik pada jam 12.30 tengahari. Banyak fail telah diaudit oleh mereka. Beberapa guru turut dicerap. Pada akhir pertemuan, mereka telah memaklumkan kepada Puan Noor Fauziah binti Rhan, GPK Akademik SMKUJ (mewakili pengetua yang sedang mengerjakan umrah) bahawa KPM telah menghantar SURAT PENGHARGAAN kepada sekolah-sekolah yang cemerlang. Di Negeri Sembilan, hanya 4 buah sekolah yang menerima surat tersebut. Sekolah seperti Tunku Kursiah College (TKC) dan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) adalah antara penerima surat tersebut. Namun, yang paling membanggakan, SMK UNDANG JELEBU turut menerima surat tersebut untuk tahun ini, menjadikan SMKUJ sebagai antara 4 buah sekolah yang cemerlang di Negeri Sembilan. Pengiktirafan ini secara langsung membariskan SMKUJ sebaris dengan TKC dan SDAR. Tahniah buat semua warga sekolah. Moga pencapaian dan kecemerlangan ini berterusan di masa-masa mendatang, insya'Allah.
SMKUJ Naib Johan Bola Sepak!!
Kejohanan Bola Sepak MSSD Jelebu 2013 telah berlangsung di SMADATA dan SMK Triang Hilir selama dua hari, iaitu pada; 3 dan 4 April 2013. SMKUJ telah menghantar 2 pasukan bagi mewakili bawah 15 dan bawah 18. Alhamdulillah, pasukan bawah 15 berjaya menjadi NAIB JOHAN, dikalahkan oleh MRSM dengan keputusan 4-2 pada pusingan akhir.
![]() |
Pasukan bawah 15 bersama jurulatih |
Berikut adalah keputusan perlawanan yang dilalui oleh pasukan bawah 15 secara terperinci:
Peringkat kumpulan
1) SMKUJ lwn SMKTH: 0-0
2) SMKUJ lwn SMKDUMA: 4-0
3) SMKUJ lwn SMK Pertang: 3-1
Peringkat separuh akhir
SMKUJ lwn SMRAKK: 4-0
Peringkat akhir
SMKUJ lwn MRSMKK: 2-4
Dua gol tersebut dijaringkan oleh Syed Aliff dan Rohafairiz.
Pasukan bawah 18 sekadar bertandig di peringkat kumpulan sahaja. Tahniah kepada semua jurulatih, ahli pasukan dan semua warga SMKUJ yang mendoakan kejayaan mereka. Moga terus cemerlang.
Tuesday, 2 April 2013
Dua hari bersama Cikgu Cemerlang Jusa C
Panitia Sains dan Bidang Sains dan Matematik berjaya menganjurkan bengkel Sains bersama Guru Cemerlang Jusa C, Cikgu Hamzah dari Terengganu. Bengkel diadakan selama 2 hari, iaitu pada 1 dan 2 April di Dewan Karisma SMKUJ. Pelajar Tingkatan 3 menghadiri bengkel pada hari pertama, manakala pelajar Tingkatan 5 pula menghadiri bengkel pada hari kedua. Bengkel turut dihadiri oleh beberapak pelajar dari sekolah menengah sekitar Jelebu. Beberapa teknik belajar didedahkan oleh guru tersebut kepada para pelajar.
Pada petang 2 April 2013 pula, satu sesi perkongsian daripada beliau turut diberikan kepada para guru. Ia diadakan di Makmal ICT 1. Para guru nyata seronok dan memberikan tumpuan sepenuhnya dengan kaedah inovasi yangdiperkenalkan oleh guru tersebut. Moga para guru memanafaatkan ilmu baru yang mereka dapat gali daripadanya. LDP tersebut turut dihadiri oleh guru dari SMRAKK.
Kejohanan Sepak Takraw MSSDJ
Kejohanan Sepak Takraw peringkat MSSD Jelebu 2013 telah diadakan selama 2 hari, iaitu 1 dan 2 April di Dewan Kolej Vokasional Kuala Klawang. Kesemua sekolah menengah menghantar penyertaan. SMKUJ telah menghantar 2 pasukan, iaitu mewakili bawah 15 dan bawah 18. Pasukan bawah 15 berjaya mendapatkan TEMPAT KETIGA setelah kalah tipis kepada naib johan, pasukan dari MRSM. Pasukan bawah 18 pula sekadar berjaya menempatkan diri dalam kelompok 8 terbaik setelah kalah pada pusingan suku akhir. Rohafizie dari pasukan bawah 15 telah terpilih untuk mewakili Jelebu ke peringkat negeri. Tahniah kepada semua pemenang dan pasukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)