Saturday, 18 May 2013
SMKUJ naib johan di Festival Nasyid peringkat Negeri Sembilan 2013
SMK Undang Jelebu sekali lagi mencipta sejarah pada tahun 2013 apabila telah menggondol naib johan pada Festival Nasyid sekolah-sekolah menengah peringkat Negeri Sembilan. Pasukan sekolah yang mewakili daerah Jelebu telah pun bertanding bersama-sama 8 lagi buah sekolah dari seluruh daerah-daerah di Negeri Smbilan yang telah berlangsung pada 18 Mei 2013 di SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala pilah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan Nasyid SMKUJ atas kecemerlangan yang ditunjukkan khasnya kepada guru pembimbing Cik Aziratulsyida dan Ustazah Sarijah. Teruskan lagi usaha untuk masa hadapan.
SMKUJ Tempat Ke-3 Debat BI Peringkat Negeri
Tahniah kepada pasukan debat Bahasa Inggeris SMKUJ kerana berjaya mendapat TEMPAT KETIGA dalam Debat Competition State Level. Mereka dikalahkan oleh SMK KGV dalam satu saingan yang sengit. Susah payah yang memberikan hasil yang memberangsangkan oleh ahli pasukan yang terdiri daripada empat pelajar, iaitu; Theyvane, Siti Bhalqis dan Saadah Anuar. Latihan yang ketat dikendalikan oleh Cikgu Martina Bong dan Cikgu Aziratulsyida. Tahniah kepada mereka semua.
Thursday, 16 May 2013
Wednesday, 15 May 2013
Thursday, 2 May 2013
SMKUJ Champion Drama Competition
Drama Competition telah diadakan pada 2 Mei 2013 di SMK Triang Hilir. Pertandingan ini adalah pertandingan pada peringkat daerah Jelebu. Pasukan Drama SMKUJ berjaya meraih gelaran CHAMPION. Selain itu, Nur Izzati Roslan, pelajar tingkatan 4, turut dinobatkan sebagai THE BEST PERFORMER (Pelakon Terbaik). Oleh itu, SMKUJ akan mewakili Jelebu untuk ke peringkat negeri. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Subscribe to:
Posts (Atom)