Nama SMKUJ sekali lagi berada di puncak antarabangsa apabila Ustaz Wan Ali Akbar Wan Abdullah berjaya membentangkan satu kertas bertajuk "Aplikasi Kaedah Inkuiri dalam Pembelajaran dan Pengajaran Akidah: Kepercayaan kepada Rasul" dalam International Conferance on Islamic Education 2011 (ICIEd 2011) yang diadakan di Hotel Equotorial Bangi-Putrajaya pada 19 hingga 21 Disember 2011. Ia dianjurkan oleh Persatuan Intelektual Muslim Malaysia dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
| Ustaz Wan Ali Akbar sedang membentang kertas beliau |
Nama SMK Undang Jelebu dicatat bersama nama beliau dalam Proceeding of 2nd International Conference on Islamic Education 2011.
| Kertas kerja tulisan Ustaz Wan Ali Akbar. Nama SMKUJ dicatat di akhir kertas kerja ini |
Konferen ini turut disertai oleh ramai sarjana dari dalam dan luar negara. Tahniah kepada beliau.
No comments:
Post a Comment