Dalam kesibukan manusia mengejar kehidupan dunia, mati tetap akan datang menjelma. Itu janji dari Allah. Pada hari ini, di saat-saat kegembiraan warga SMKUJ melalui hari-hari yang ceria seperti hari-hari sebelumnya, tanpa disangka, datuk kepada Ustaz Muhammad Nuh bin Ghazali telah meninggal dunia. Beliau bergegas pulang ke Kedah untuk menunaikan salah satu daripada Sunnah Rasulullah, jasa yang terakhir sebagai seorang cucu, iaitu pulang untuk menyemadikan jenazah datuknya. Mohon doa semua warga SMKUJ supaya roh datuk Ustaz Mohammad Nuh ditempatkan bersama golongan anbiya' (nabi-nabi) dan solihin (orang-orang yang solih). Amin...
No comments:
Post a Comment