Wednesday 30 January 2013

Imam Muda Aran di Jelebu!!


Pusat Pemantapan Akidah Jelebu telah menganjurkan Seminar Maulidur Rasul selama sehari di Pusat Pemantapan Akidah Jelebu pada 30 Januari 2013. Sebanyak 3 buah sekolah menyertai seminar yang dikendalikan oleh Imam Muda Aran tersebut. SMKUJ telah menghantar 37 pelajar yang terdiri daripada 11 pelajar lelaki dan 26 pelajar perempuan. Kesemua mereka adalah pelajar 4 dan 5 Gemilang. Selain SMKUJ, MRSM dan Kolej Vokasional turut menghantar peserta.

Seminar yang bermula pada jam 8.30 pagi itu dimulakan dengan acara yang santai, iaitu bual bicara bersama Imam Muda Aran. Kemudian, slot kedua merupakan sesi ceramah Maulidru Rasul. Sesi ke-3 pada waktu petang merupakan sesi kesimpulan kepada kefahaman terhadap sirah junjungan besar Nabi Muhammad saw. Para peserta turut berpeluang bersolat dengan menjadi makmum kepada Imam Muda Aran.

Moga semua peserta mendapat manafaat yang berpanjangan dalam meningkatkan iman dan takwa kepada Allah dan kecintaan kepada Nabi Muhammad saw.

No comments:

Post a Comment