Thursday 27 June 2013

Lawatan ke Mahkamah Syariah Negeri Sembilan


Lawatan ke Mahkamah Syariah telah berjaya dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SMKUJ pada 27 Jun 2013. Ia melibatkan seramai 37 pelajar dan 2 guru. Bertolak seawal jam 7.30 pagi, rombongan disambut oleh Tuan Hakim, Suhaizad Saifuddin dan terus dibawa ke bilik mesyuarat untuk taklimat sambil menikmati sedikit jamuan ringan. Selepas selesai taklimat dan makan, para pelajar dibahagi kepada 4 kumpulan dan dibawa ke 4 dewan perbicaraan berasingan. Pelbagai kes yang didengari sepanjang perbicaraan. Para pelajar berkumpul semula pada jam 12.30 tengahari di bilik mesyuarat untuk sesi soal jawab dengan tuan hakim. Aktiviti selesai pada jam 1.30 petang dan terus bertolak pulang ke SMKUJ.

SMKUJ merupakan sekolah harian pertama dan sekolah kedua selepas SHAMS yang mengadakan lawatan ke Kompleks Baharu Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan yang bertempat di Bandar Sri Sendayan. Sebelum ini, perbicaraan kes diadakan di mahkamah lama di sebelah masjid negeri. Semoga para pelajar mengambil iktibar dan manafaat daripada lawatan ini. Maklumat lanjut tentang mahkamah, boleh layari laman sesawang rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan di http://jksns.ns.gov.my atau Facebook rasmi JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN.

No comments:

Post a Comment