Sunday, 29 December 2013

Takwim Persekolahan 2014


Musim persekolahan 2014 akan bermula pada 2 Januari 2014. Ia seperti yang tercatat pada gambar di atas. Takwim tersebut boleh juga dimuat turun daripada laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia seperti linkdi bawah.

http://www.moe.gov.my/v/takwim-sekolah-2014

Selain itu, terdapat juga cadangan cuti berganti dan cuti peristiwa bagi musim perayaan seperti berikut:
- Perayaan Tahun Baru Cina
- Perayaan Hari Raya Idilfitri
- Perayaan Hari Deepavali

Muat turun takwim penuh persekolahan beserta cadangan cuti berganti dan cuti peristiwa di link di bawah.

https://www.academia.edu/5244169/Cuti_Berganti_Dan_Cuti_Peristiwa_2014

Walau bagaimanapun, semuanya tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Friday, 27 December 2013

Pendaftaran Tingkatan 1


Pelajar tahun 6 2013 dari sekolah-sekolah rendah sekitar, iaitu; SK Undang Jelebu, SK Triang, SK Kuala Klawang, SK Amar Penghulu, SK Dato' Undang Abdullah, SK Sepri Tengah, SJKC Yuk Hua dan SJKC Petaling / Chun Yin diminta untuk mendaftarkan diri ke SMKUJ. Pendaftaran semua pelajar tingkatan 1 akan di buat di SMK Undang Jelebu mengikut ketetapan berikut:

- Tarikh: 31 Disember 2013
- Hari: Selasa
- Masa: 8.00 pagi
- Tempat: Dewan Karisma SMK Undang Jelebu

Tentatif hari pendaftaran adalah seperti berikut:

8.00 pagi - Ketibaan ibu bapa / penjaga dan pelajar baru
8.30 pagi - Ucapan aluan Tuan Haji Nor Hashim Othman (Pengetua Cemerlang SMKUJ)
8.45 pagi - Taklimat Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah
9.00 pagi - Taklimat PAV
9.15 pagi - Taklimat i-THINK
9.30 pagi - Taklimat Kesihatan (HPV)
9.45 pagi - Pendaftaran pelajar tingkatan 1 dan Peralihan
12.00 tghr - Bersurai

Kepada semua ibu bapa dan penjaga, anda diingatkan untuk membawa bersama Salinan Kad Pengenalan Pelajar dan Kad 001. Bayaran yuran PIBG turut boleh dilakukan pada hari ini.

Selamat datang kepada semua pelajar tingkatan 1 2014 ke SMKUJ. Anda bakal memasuki sebuah sekolah yang hebat, sentiasa hebat dan pasti hebat. Tahniah!

Thursday, 26 December 2013

Terima kasih Cikgu Safwan dan Cikgu Ruzaini, Selamat Datang Cikgu Rosnah dan Cikgu Hayati

Menjelang sesi persekolahan 2014, SMKUJ mengalami sedikit perubahan kakitangan akademik. Bilangan guru berjumlah 50 orang masih dikekalkan, namun terdapat sedikit pertukaran guru.

Cikgu Mohd Safwan Azizul dan Cikgu Mohd Ruzaini Rahim akan bertukar ke negeri berdekatan dengan isteri masing-masing. Cikgu Safwan berpindah ke Yik, Kedah, manakala Cikgu Ruzaini berpindah ke Pekan, Pahang.

Kedua-duanya mempunyai jasa yang besar sepanjang perkhidmatan mereka selama 3 tahun di SMKUJ. Cikgu Safwan merupakan pengemudi utama bagi Kadet Korektional dan membawa pasukan tersebut sehingga ke peringkat kebangsaan. Selain itu, beliau juga merupakan penolong jurulatih kepada Pasukan Olahraga SMKUJ dan berjaya menempa nama sehingga ke peringkat kebangsaan dan kejohanan terbuka di peringkat antarabangsa. Banyak lagi tugasan lain yang dipegang beliau dengan jayanya.

Cikgu Ruzaini pula, mengambil alih cabaran yang berat daripada Cikgu Siti Zaharah, Guru Cemerlang Geografi. Pencapaian Geografi yang sangat cemerlang yang dicapai oleh Cikgu Siti Zaharah agak sukar untuk dikekalkan oleh Cikgu Ruzaini. Dengan keadaan latar belakang beliau yang bukan opsyen Geografi, dan sebagai guru novis, beliau berjaya membuktikan kecemerlangannya apabila bukan sahaja berjaya mengekalkan pencapaian cemerlang Geografi, bahkan meningkatkannya lagi. Selain itu, jasanya di belakang tabir sebagai guru yang bertanggugjawab dalam hal berkaitan PA Sistem juga ditagih oleh semua program. Terkenal sebagai seorang yang ringan tulang, beliau juga berjaya beberapa kali mengadakan Karnival Kesihatan Gigi dengan kerjasama Pusat Kesihatan Jelebu.

Terlalu banyak jasa mereka berdua jika ingin disenaraikan satu persatu. SMKUJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka berdua. Moga kecemerlangan mereka berdua diteruskan di sekolah baru mereka.

SMKUJ turut menerima dua guru baru yang bertukar ke SMKUJ, iaitu; Cikgu Rosnah Abdullah dan Cikgu Hayati. Cikgu Rosnah adalah guru Fizik, manakala Cikgu Hayati adalah guru BM. Selamat datang kepada mereka berdua. Moga dapat meneruskan kecemerlangan di sekolah lama mereka di SMKUJ.

Thursday, 19 December 2013

Kemasukan Tingkatan 1 KRK & PAV

Bermula tahun 2013, SMKUJ telah membuka satu kelas KRK (Kelas Rancangan Khas) atas persetujuan bersama dengan JPN Negeri Sembilan. Kesinambungan daripada itu, kelas KRK akan diteruskan untuk tahun-tahun berikutnya. Maka, untuk kemasukan ke kelas KRK 2014 bagi calon UPSR 2013, para pelajar diminta untuk menyemak status kemasukan mereka di laman sesawang http://public.moe.gov.my/

Semakan SMS turut boleh digunakan dengan menaip MOE <jarak> SKKAWALAN <jarak> Angka Giliran UPSR (Cth: MOE SKKAWALAN ZZ0000001) dan hantarkan ke 15888.

Manakala, kelas PAV (Program Asas Pendidikan) pula akan dibuka di SMKUJ bermula tahun 2014. Para pelajar dan ibu bapa boleh menyemak status kemasukan ke kelas ini melalui laman sesawang http://apps.moe.gov.my/esptv/pav_semaktawaran/

Sebarang permasalahan atau pertanyaan, sila layari http://www.moe.gov.my atau berhubung dengan pihak sekolah di talian 06-6136202. Terima kasih.

PMR Meningkat! Muhammad Syafi 8 A!


Keputusan PMR telah diumumkan di seluruh Malaysia sekitar jam 10.00 pagi tadi. Di SMKUJ, para pelajar telah membanjiri sekolah seawal jam 9.00 pagi lagi. Bagaimanapun, keputusan hanya diedarkan sekitar jam 11.00 pagi.

Alhamdulillah, SMKUJ sekali lagi menunjukkan peningkatan ketara. Gred Purata Sekolah meningkat kepada 3.04 berbanding 3.17 pada 2012. Pratusan penguasaan minimum juga meningkat kepada 57 % berbanding hanya 53.7 % pada tahun sebelum. Kebanyakan matapelajaran juga menunjukkan peningkatan GPMP dan peratusan lulus.

Berikut adalah senarai pelajar cemerlang SMKUJ
1) Muhammad Syafi Che Wahab: 8A
2) Loh Shan Shan: 7A 1B
3) Muhammad Ariff muzaffar syah 7A 1 B
3) Nur Fazerra Azren Abdul Majid: 7A 1C
4) Shieakh Khalid Shieakh Malik: 7A 1C
5) Harish Akmal Ahmad Suhaimi: 6A 2B
6) Muhammad Haziq Abd Rahman: 6A 1B 1C
7) Muhamad Zulfikar Othman: 5A 2B 1C
8) Pu Shu Xuan: 5A 3B
9) Faiz Azzamudin Shah Norazman: 4A 4B
10) Chin Lur Yan: 4A 3B 1C
11) Chu Chen Wei: 4A 3B 1C

dan ramai pelajar yang mendapat 3A. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya.

Untuk pengetahuan, Negeri Sembilan turut mencatatkan peningkatan dengan berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan berbanding negeri-negeri lain dengan Gred Purata 2.59. Terengganu kekal di tempat pertama.

Thursday, 12 December 2013

Penilaian PIBG Cemerlang peringkat Kebangsaan

PIBG SMKUJ telah dipilih untuk mewakili Negeri Sembilan bagi kategori Luar Bandar, kesinambungan selepas kejayaan di peringkat negeri. Sehubungan dengan itu, pada 12 Disember, hakim daripada KPM telah datang untuk menilai dengan lebih dekat aktiviti PIBG yang telah dijalankan.

Hakim disambut dengan jamuan makan tengahari. Jamuan tersebut turut dihadiri oleh YB Zainuddin dan YB Apak Yunus, serta diiringi oleh pegawai dari JPNS dan PPD. Turut hadir, Pengetua SMK DUMA dan seluruh AJK PIBG dan para guru.

Seterusnya, hakim dibawa ke Bilik Gerakan untuk sesi pembentangan. Pembentangan disempurnakan oleh Encik Azmi, YDP PIBG dan diselangi dengan tambahan-tambahan ringkas oleh AJK yang lain. Pada sesi komen dari hakim, beliau melahirkan rasa kagum dengan usaha yang telah dilakukan oleh pihak PIBG SMKUJ.

Seterusnya, hakim dibawa melawat beberapa kawasan, antaranya; Edible Lanscape, Bilik Guru, Surau dan Sanggar Budaya. Persembahan ringkas turut ditayangkan oleh para penari SMKUJ. Penilaian berakhir dengan sedikit minum petang dan sesi bergambar. Sedikit cenderahati turut disampaikan kepada semua hakim. Bekalan durian turut diberikan.

Moga PIBG SMKUJ berjaya menjadi JOHAN. Sama-sama kita doakan, insya'Allah...